Sirul Jumpa Ibu Hari Ini - Berita Semasa | mStar

Sirul Jumpa Ibu Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 7:00 AM

Piah (kanan) berlepas ke Australia dari KLIA ditemani anak perempuannya Noriatin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar dijangka bertemu dengan ibunya, Piah Samad dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar di pusat tahanan Imigresen di Villawood, Sydney pada Selasa.

Salah seorang delegasi, Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, mereka tiba di Sydney kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Australia pada Isnin dan Piah berharap pertemuan dengan anak lelakinya itu dipermudahkan.

"Kami dijadualkan bertemu Sirul pada tengah hari Selasa. Ibunya berada dalam keadaan baik dan dia berharap dipertemukan dengan anaknya," kata Dr Syed Azman.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Piah, 72, memberitahu akhbar Harakah Daily bahawa dia ingin melihat Sirul tinggal di Australia kerana keselamatannya lebih terjamin di sana.

"Saya tidak mengharapkan anak saya untuk kembali ke Malaysia dan biar sahaja dia tinggal di sana kerana keselamatannya lebih terjamin.

"Saya berharap kerajaan Australia akan memberikan perlindungan terbaik kepada anak saya," katanya.

Ibu Sirul yang ditemani adik bongsunya, Noriatin Omar, 37, berlepas ke Sydney dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Ahad untuk bertemu bekas anggota UTK itu.

Mahfuz memberitahu pemberita bahawa perjalanan mereka untuk bertemu Sirul dilakukan atas dasar kemanusiaan.

Pada 23 Februari lalu, beliau mengadakan telesidang bersama Sirul yang didakwa atas kesalahan membunuh model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu untuk merungkai misteri kejadian itu.

Bagaimanapun, sidang media tersebut dibatalkan selepas beberapa usaha untuk menghubungi Sirul tidak berjaya.

Sirul menghubungi Mahfuz kembali dua jam kemudian dengan berkata beliau hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemberita kerana membuat liputan telesidang tersebut.

Sirul berlepas ke Australia pada Oktober 2014 selepas Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membebaskannya pada Ogos 2013.

Beliau mendakwa hanya menerima arahan untuk membunuh Altantuya.

Sirul ditahan di Brisbane pada Januari lalu selepas Interpol mengeluarkan notis amaran merah terhadap penahanannya.


Tags / Kata Kunci: Sirul Azhar Umar , Mahfuz Omar
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan