Hadi Akan Dicabar, Ramal Pemimpin PAS

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 4:45 PM

Abdul Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan PAS meramalkan jawatan Presiden akan dipertandingkan pada pemilihan parti itu yang akan datang.

Beliau menjangkakan lebih daripada seorang calon akan mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatannya.

Mengambil kira pandangan di peringkat akar umbi, terdapat beberapa pencalonan untuk jawatan tertinggi, kata seorang pemimpin yang tidak mahu dikenali.

"PAS amat demokratik dan akan berlaku saingan sengit pada kali ini kerana terdapat banyak isu di dalam parti," katanya.

Beliau mengulas ramalan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali bahawa jawatan No.1 tidak akan dipertandingkan kerana tiada calon berkemampuan di dalam parti untuk menandingi Hadi yang mendapat sokongan golongan pro-ulama.

"Biar jawatan presiden dipertandingkan. Dari segi perlembagaan, semua jawatan eksekutif terbuka kepada pencalonan dan dipertandingkan. Ini adalah apa yang anda semua sebut sebagai demokrasi," katanya.

Hadi tidak pernah dicabar sejak beliau memegang jawatan sebagai Presiden berikutan kematian Datuk Fadzil Noor pada 2002.

Pemimpin tersebut berkata sebuah pertandingan adalah mekanisme penting penyemak dan pengimbang untuk membawa mana-mana parti politik ke hadapan.

Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , PAS , Presiden

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan