Gempa Bumi Kuat Gegar Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 8:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada 6.37 petang Selasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 71km barat laut dari Siberut, Indonesia dan 511 km barat daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Gegaran dirasai di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini.
Tags / Kata Kunci: gempa bumi , Indonesia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan