Calon SPM 2014 Dapat Semua A Menurun Berbanding 2013

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 10:24 AM

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof (dua, kiri) bersama Timbalan Ketua Pengarah Operasi Pendidikan, Datuk Tajuddin Jab (kiri), Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Datuk Khairul Awang dan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Sulaiman Wah (kanan) melihat Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 pada majlis pengumuman keputusan SPM di Kementerian Pendidikan di Putrajaya, Selasa. Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bilangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014 yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran mencatatkan penurunan berbanding tahun sebelumnya.

Seramai 11,289 daripada 455,839 calon menduduki SPM pada 2014 mendapat keputusan cemerlang iaitu hanya 2.63 peratus, berbanding 3.16 peratus (13,970 calon) pada SPM 2013.

Seramai 455,839 calon menduduki SPM pada 2014.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang ini terdiri daripada mereka yang menduduki sembilan dan sepuluh mata pelajaran.

Menurutnya, penurunan calon yang mendapat keputusan cemerlang memperlihatkan sejauh mana kemampuan mereka menjawab soalan berikutan format baharu soalan yang diperkenalkan tahun lalu.

"Penyesuaian calon untuk menjawab soalan yang kita sediakan dalam format baharu. Kalau dahulu kita sediakan soalan yang sememangnya dijangkakan oleh calon, kali ini tidak.

"Tetapi soalannya sama juga cuma kita ubah sebahagian soalan berkenaan. Jadi kalau calon atau pelajar sentiasa menumpukan kepada pembelajaran dan ilmu, mereka masih kekal mencapai keputusan cemerlang iaitu seramai 11,289 orang.

"Manakala mereka yang masih mengulangkaji pelajaran secara automatis mungkin menghadapi masalah untuk menyesuaikan dengan format baharu ini," katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2014 di Kementerian Pendidikan di sini, Selasa.

Khair berkata, nilai Gred Purata Nasional (GPN) SPM pada tahun lalu adalah 5.08 berbanding 4.93 pada 2013.

"Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik," katanya.

Tambahnya, prestasi calon berdasarkan GPN pada 2014 adalah sama dengan 2012 iaitu 5.08 cuma ia menurun sebanyak 0.15 pada 2013 yang mencatatkan 4.93.

"Kita melihatnya sebagai sesuatu yang masih dalam keadaan yang boleh diterima bagi penyusutannya. Apa yang kita lihat adalah penyesuaian pelajar mengenai cara pemikiran mereka untuk menjawab soalan," katanya.

Menurut Khair, jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar mengecil sebanyak 0.05 mata GPN iaitu 0.55 pada 2014 berbanding 0.60 pada 2013.

Dalam pada itu katanya, berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) pada SPM 2014, sebanyak 28 daripada 73 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 43 mata pelajaran menurun manakala dua lagi mengekalkan prestasinya berbanding 2013.

Nilai GPMP yang lebih kecil menunjukkan prestasi mata pelajaran lebih baik. 

Tags / Kata Kunci: SPM

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan