Beku Lesen Balak 10 Tahun, Selamatkan Alam Sekitar - Peka

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 6:29 PM

Pembalakan haram antara kegiatan yang memusnahkan khazanah alam negara.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pelindung Khazanah Alam (Peka) menggesa semua kerajaan negeri membekukan lesen konsesi pembalakan selama 10 tahun, sebagai satu daripada langkah pemuliharaan hutan simpan serta mengelak bencana alam sekitar.

Ia merupakan satu daripada tujuh syor yang terkandung dalam memorandum kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, hasil perbincangan Forum Media Khazanah Alam anjuran bersama Peka dan Institut Akhbar Malaysia (MPI) di sini, Selasa.

Turut terkandung dalam memorandum itu, antara lain ialah menggesa undang-undang penanaman semula pokok-pokok yang ditebang dilaksanakan secara tegas; peranan Majlis Tanah Negara dalam pengawalan dan penjagaan ditingkatkan; memberhentikan sebarang bentuk projek penukaran status perhutanan kepada perladangan; dan mengesyorkan supaya hutan ladang tidak dikira sebagai sebahagian daripada peratusan keluasan hutan hujan di Malaysia.

Terdahulu, Presiden Peka Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil dalam ucapan pembukaannya, menyimpulkan bahawa tahap pengurangan hutan hujan tropika di negara ini berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan.

Beliau berkata, kemusnahan yang berlaku kepada flora dan fauna sudah terbukti memberi kesan yang buruk kepada ekosistem, dan akhirnya mengakibatkan bencana besar, seperti banjir lumpur yang berlaku di Kelantan baru-baru ini.

Shariffa Sabrina berkata, pihak berkuasa baik daripada peringkat kerajaan persekutuan mahupun negeri, harus lebih proaktif dalam membendung kemusnahan serta melindungi hutan hujan tropika sedia ada, sesetengah kawasan usianya menjangkau jutaan tahun.

"Kemusnahan hutan yang berlaku membuktikan masih ramai pihak tidak tahu fungsi sebenar flora dan fauna, sebagai contoh fungsinya sebagai kawasan tadahan air, sebagai penapis udara bersih, sebagai pengawal semula jadi suhu bumi, malahan sebagai sumber ubat-ubatan.

"Jadi mengapa pihak berkuasa terus membisu? Mereka harus sedar khazanah yang terkandung dalam hutan hujan ini tidak boleh diganti dengan mudah, apatah lagi dalam masa yang singkat," tegasnya.

Forum itu, yang dikendalikan Pengarang Perunding Kanan Latihan dan Perundangan Hal Ehwal The Star T. Selva, terbahagi kepada dua sesi iaitu Pasca Bencana Alam Sekitar: Pengajaran dan Iktibar", dan "Pendedahan Kemusnahan Alam: Perkongsian Pengalaman Wartawan.

Anggota panel yang terlibat ialah timbalan presiden Peka Dr Abdul Razak Abdul Rahman, penyelidik lapangan Sahabat Alam Sekitar Meor Razak Meor Abdul Rahman, Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Henry Goh dan pensyarah Universiti Teknologi Mara, Azman Abdul Rahman.

Editor dan Wartawan kanan yang telibat ialah Penolong Ketua Pengarang Satu Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Zaini Hassan; wartawan Kosmo, Mohd Faizal Zakaria, wartawan The Star, Isabelle Lai dan wartawan Astro Awani Tan Su Lin, di mana mereka adalah pemenang anugerah Kajai serta anugerah kewartawanan berprestij yang lain.

Abdul Razak, sewaktu berucap, memberitahu yang hadir bahawa undang-undang berkaitan tanah dan hutan di semua negeri harus diselaraskan walaupun mempunyai kerajaan negeri yang berlainan ideologi politik.

"Hutan dan tanah merupakan hak kerajaan negeri. Jadi ia bergantung kepada negeri, apa jenis tindakan yang perlu mereka ambil untuk mencegah masalah pembalakan. Seperti yang kita sedia maklum, negeri dipegang parti politik yang berbeza, maka harus undang-undang diselaraskan di seluruh negara," katanya.

Di samping berterima kasih kepada media kerana turut terbabit dalam usaha membanteras kemusnahan alam sekitar, Abdul Razak berharap agar wartawan lebih cekal dan berani dalam menulis berita mengenai isu ini.

Sementara itu, Zaini, pemenang anugerah Kajai 2006 ekoran pendedahan beliau mengenai Bukit Cerakah, menegaskan bahawa isu alam sekitar jauh lebih besar berbanding isu politik di negara ini.

"Isu ini lebih besar daripada politik kerana ia boleh menjatuhkan ahli politik...isu alam sekitar merupakan isu universal, bukan isu tempatan," katanya.

Zaini menggesa wartawan lebih agresif dalam menghasilkan penulisan berkaitan alam sekitar, kerana ia merupakan khazanah yang seharusnya layak dinikmati oleh generasi akan datang. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Peka , MPI , Forum Media Khazanah Alam

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan