Aplikasi E-Housemen Dilaksana Untuk Penempatan Pegawai Perubatan - Berita Semasa | mStar

Aplikasi E-Housemen Dilaksana Untuk Penempatan Pegawai Perubatan

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 6:39 PM

Penempatan pegawai perubatan lebih mudah menggunakan aplikasi e-housemen. Gamber Hiasan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan melaksanakan aplikasi e-housemen iaitu pendaftaran penempatan pegawai perubatan siswazah secara atas talian mulai 16 hingga 23 Mac ini.

Kenyataan kementerian itu menyebut, pelaksanaan aplikasi e-housemen bertujuan memberi peluang kepada calon graduan perubatan yang menerima surat tawaran pelantikan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memilih sendiri penempatan latihan tertakluk kepada kekosongan jawatan.

Aplikasi e-housemen boleh diakses menerusi www.moh.gov.my atau www.ehousemen.moh.gov.my.

"Calon graduan perubatan warganegara yang telah menerima surat tawaran SPA mulai Jan 2015 perlu mengakses apliksai tersebut dan membuat pilihan penempatan untuk latihan siswazah," demikian menurut kenyataan kementerian itu, Selasa.

Tags / Kata Kunci: e-housemen , pegawai perubatan , SPA
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan