Anwar: Tindakan Berasaskan Akta, Peraturan & Prosedur Jabatan Penjara

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 8:27 PM

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Penjara pada menjelaskan layanan serta kemudahan bagi semua banduan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sama selaras dengan ketetapan akta, peraturan penjara dan prosedur penjara. 

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Supri Hashim berkata pelbagai tuduhan dan spekulasi terus dibuat sejak Penasihat PKR itu menjalani hukuman mulai 10 Februari lalu walaupun penjelasan telah diberi.

"Keputusan, tindakan serta langkah yang diambil oleh Jabatan Penjara adalah berasaskan ketetapan akta, peraturan dan prosedur penjara yang diguna pakai untuk menguruskan semua banduan.

"Mana-mana kakitangan yang didapati melayan banduan secara berbeza di luar daripada ketetapan akta, peraturan dan prosedur berkenaan akan diambil tindakan," katanya dalam kenyataan di sini.

Terdapat kira-kira 50,000 banduan menjalani hukuman di seluruh penjara Malaysia.

Berhubung perjumpaan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dengan Anwar, Supri menjelaskan Azmin ada membuat permohonan untuk berjumpa Anwar atas urusan kerajaan negeri berkaitan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Katanya Jabatan Penjara telahpun meneliti permohonan itu menggunakan peruntukan Peraturan-peraturan Penjara 2000 serta prosedur penjara dan atas urusan penting yang berkaitan, ia boleh dibenarkan.

Beliau menjelaskan lawatan sebegini yang dinamakan 'Perjumpaan Khas' mengikut Peraturan-peraturan Penjara 2000, juga diberi kepada ramai banduan lain bagi urusan penting antaranya berkaitan keluarga, kerja, pembahagian harta, wasiat, serta urusan mendapatkan khidmat peguam.

Beliau berkata Perjumpaan Khas itu bukan perjumpaan mengikut sistem peringkat serta tidak menghalang perjumpaan-perjumpaan lain antaranya perjumpaan permulaan, perjumpaan peringkat, perjumpaan dengan polis dan perjumpaan dengan peguam.

Supri berkata penempatan Anwar di Hospital Penjara Sungai Buloh adalah hasil pemeriksaan dan syor pakar perubatan.

Katanya penempatan Anwar di fasiliti itu dilaksanakan sebelum perjumpaan dengan Azmin pada 25 Februari lalu.

Berhubung pertukaran pegawai penjara yang turut dikaitkan dengan layanan terhadap Anwar, Supri menjelaskan bahawa pertukaran berlaku hampir setiap bulan atas kepentingan perkhidmatan dan turut mempertimbangkan kebajikan pegawai terlibat.

Katanya pengarah sesebuah penjara tidak mempunyai sebarang kuasa berhubung pertukaran tersebut.
Tags / Kata Kunci: Jabatan Penjara , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan