"Ustaz Haraki PAS Macam Budak"

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 11:46 AM

Dr Dzulkefly Ahmad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Krisis perpecahan dalaman PAS dilihat semakin kronik apabila kini kumpulan profesional dalam parti itu mendakwa wujud gerakan dikalangan golongan ulama untuk menjatuhkan mereka.

Mengakui 'diserang' kumpulan ulama yang selama ini menunjangi pentadbiran PAS, kumpulan profesional parti itu mula bangkit mencabar golongan 'ustaz haraki' bagi membuktikan kesetiaan mereka terhadap parti Islam itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menerusi kenyataan pada Isnin melahirkan kekecewaannya terhadap pihak yang mendakwa mereka cuba menyerap fahaman liberal dalam PAS.

"Sementara kami menumpu membuat serangan ke atas seteru politik dengan mendedahkan pelbagai kebejatan dan kebobrokan tadbir urus kewangan dan ekonomi negara, ada pula ustaz-ustaz haraki yang giat 'menyerang' kami dan nak menjatuhkan kami.

"Telah kami katakan cukuplah...tapi nampaknya jadi macam budak. Lagi ditegah lagi menjadi-jadi. Kerja-kerja ini hanya memberi peluru kepada seteru dan lawan politik kita," katanya.

Mengulas lanjut Dzulkefly yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS menegaskan, kumpulan profesional sepertinya tidak jahil mengenai ajaran Islam seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Berpada-pada sahabatku. Kami bukanlah jahil sangat tentang Islam dan disiplin ilmunya kerana PAS sejak berzaman khasnya era ustaz Fadzil Noor telah 'mengustazkan' kami.

"Malah ada diantara kami yang mendapat 'tarbiyah haraki' sejak zaman belajar lagi," katanya.

Sehubungan itu, Dzulkefly mendakwa mendapat persetujuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan debat dengan golongan ulama PAS mengenai isu berkenaan.

"Saya juga telah mendapat izin Tuan Guru Presiden dan PAS Pusat untuk mengadakan 'wacana-bahas-debat'

"Pilih setting yang tuan-tuan lebih selesa untuk (kami menjawab) semua tuduhan tuan-tuan yang kami ini sesat, songsang, liberal atau pengamal liberalsime agama.

"Semua ini dapat kita wacana, bahas atau debatkan secara mendalam dan tuntas. Mungkin secara tertutup kalau cara itu lebih wajar. Harap jangan dihampakan, dengan segala rendah hati saya memohon," katanya.

Baru-baru ini beberapa pimpinan PAS mengeluarkan peringatan supaya parti itu terus diterajui kepimpinan ulama.

Antaranya, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz menggesa ahli parti itu supaya memberi sokongan kepada kepimpinan ulama kerana ia satu-satunya tiang seri yang mengemudi PAS.

Selain itu Dewan Ulama PAS juga tidak berganjak dengan pendirian tegasnya untuk mempertahankan kedudukan Hadi daripada digulingkan pada muktamar parti itu Jun nanti.

Kenyataan itu dilihat susulan tersebarnya audio rakaman suara Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai dakwaan beliau cuba menjatuhkan kepimpinan ulama yang diterajui Hadi.

Tags / Kata Kunci: PAS , Dr Dzulkefly Ahmad

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan