PDRM Harap Kerajaan Tambah Baik Skim Perkhidmatan Termasuk Elaun

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 3:11 PM

Noor Rashid Ibrahim (kanan) beramah mesra dengan sebahagian pegawai yang hadir pada Majlis Perasmian Persidangan Agung Pusat PPKP/CPW, PPKP/CI dan PPRPD tahunan ke-87, sesi 2014/2015 di Alor Setar, Isnin.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap kerajaan menyemak semula permohonannya untuk menambahbaik skim perkhidmatan pasukan keselamatan itu termasuk elaun terutamanya yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkeyakinan menerusi penambahbaikan skim perkhidmatan itu, sistem penyampaian perkhidmatan polis kepada masyarakat akan bertambah baik dan lebih efisien.

"Antara perkara terpenting melibatkan semakan semula terhadap elaun bagi anggota polis yang berkhidmat jauh di kawasan pedalaman tanpa bekalan elektrik, air dan pelbagai kemudahan lain," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan persatuan-persatuan dalaman PDRM di sini, Isnin.

Katanya, anggota polis yang berkhidmat di pedalaman hanya menerima elaun pedalaman sebanyak 10 peratus daripada gaji, berbanding penjawat awam lain yang menerima elaun kesusahan secara kadar rata sebanyak RM1,500.

Noor Rashid berkata, PDRM meminta kerajaan memanjangkan kemudahan elaun kesusahan itu kepada anggota polis yang berkhidmat di kawasan pedalaman.

Timbalan Ketua Polis Negara berkata, permohonan bagi mendapatkan elaun kesusahan bagi anggotanya yang berkhidmat di pedalaman telahpun dikemukakan kepada kerajaan tidak lama dahulu.

Beliau menganggarkan terdapat kira-kira 1,500 hingga 2,000 anggota polis yang sedang berkhidmat di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak serta di Semenanjung, dengan kebanyakan mereka berpangkat rendah.

Anggota terbabit katanya, turut bertugas di pulau-pulau tidak berpenghuni di Sabah dan Sarawak, bertujuan menjaga keselamatan negara dan mengawasinya daripada sebarang pencerobohan asing.

Noor Rashid berkata, anggota terlibat terpaksa menempuh pelbagai kesulitan semasa bertugas.

"Kesusahan yang dihadapi oleh anggota kita yang bertugas di pedalaman adalah sama dengan penjawat awam yang lain seperti guru dan pegawai kesihatan.

Diharapkan elaun kesusahan itu turut dipanjangkan kepada anggota kami," katanya.

Katanya PDRM juga meminta kerajaan menambah baik elaun perumahan terutama bagi anggota yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Pulau Pinang.

Memandangkan kemudahan perumahan yang disediakan tidak mencukupi, ramai anggota terpaksa menyewa dan ini membebankan meerka dari segi kewangan dan PDRM mencadangkan kerajaan menanggung bayaran sewa rumah anggota polis terbabit, katanya.

Noor Rashid berkata kerajaan juga diminta mengkaji semula skim kenaikan pangkat, laluan kerjaya serta penambahbaikan beberapa elaun lain.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Mohd Fuzi Harun dan Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya.


Tags / Kata Kunci: PDRM , Noor Rashid Ibrahim

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan