Surat Anwar Dirujuk Kepada AGC, Speaker Dewan Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 10:40 PM

Ahmad Zahid (kanan) menerima kunjungan Vanu Gopala pada Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Surat daripada peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Menteri Dalam Negeri bagi memohon kebenaran untuk menghadiri sidang Parlimen yang akan bermula pada Isnin ini dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menerima surat daripada peguam Anwar, R. Sivarasa.

"Saya masih belum membuat jawapan balas secara rasmi tetapi saya merujuk kes tersebut kepada AGC dan Speaker (Dewan Rakyat).

"Keputusan kementerian ini akan dibuat berasaskan tafsiran undang-undang dan keputusan kedua-dua pihak," kaatanya selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon di pejabatnya di sini Isnin.

Dr Ahmad Zahid berkata beliau hanya boleh mengeluarkan arahan kepada Jabatan Penjara selepas AGC dan Speaker memberikan pendapat mereka berhubung implikasi undang-undang terhadap kes tersebut berdasarkan Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain mengenai kedudukan seorang Ahli Parlimen yang dipenjarakan.

Katanya, keputusan kementerian tersebut juga berdasarkan hasil keputusan rayuan pengampunan Diraja yang dikemukakan keluarga Anwar.

"Lembaga Pengampunan masih belum bertemu, jadi keputusan kami juga terpaksa ditangguhkan.

"Sehingga lembaga tersebut bertemu, mereka terpaksa menunggu sehingga keputusan tersebut," katanya.

Pakatan Rakyat telah menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta supaya Anwar dibenarkan untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Mereka mahu kerajaan menyediakan kemudahan pengangkutan untuk Ketua Pembangkang itu ke Parlimen dari penjara Sungai Buloh sepanjang sesi Dewan Rakyat berlangsung.

Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata satu-satunya individu yang diberi kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada Jabatan Penjara adalah Dr Ahmad Zahid dan bukannya Peguam Negara.

Anwar ketika ini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan akhir beliau terhadap kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari pada 2008.

Pada Selasa lalu, keluarga Anwar menyerahkan permohonan pengampunan Diraja di Istana Negara.
Tags / Kata Kunci: Dr Ahmad Zahid Hamidi , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan