Remaja Militan Rindu Ibu

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lima bulan selepas menyertai kumpulan militan bersenjata di Syria, remaja warga Malaysia, Hidayat Azman merasakan dia kehilangan sesuatu akibat menanggung rindu berjauhan dengan ibunya. 

Hidayat atau lebih dikenali dengan panggilan Abu Islam yang baharu sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-19 tiga minggu lalu, memuat naik status "Saya rindu ibu. Sayang ibu sampai bila-bila" di akaun Facebook miliknya bersama-sama sekeping gambar seorang diri di padang pasir. 

Hidayat pernah menuntut di sebuah sekolah pondok di Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajarannya ke Mesir, mendakwa dia pergi ke Syria tahun lepas selepas mendapat keizinan daripada ibunnya. 

"Ibu saya sedang masak ketika saya meminta kebenaran daripadanya untuk pergi berjihad. 

"Ibu berkata dia tidak akan menghalang saya untuk pergi kerana ketika saya berada dalam kandungannya dia sering berdoa agar saya menjadi seorang mujahidin (orang yang berjuang di jalan Allah dan Islam)," katanya yang mempunyai kira-kira 4,000 rakan di laman Facebooknya. 

Bagaimanapun, Hidayat tidak dapat menahan kesedihan, betapa dia merindu ibunya. 

Hidayat turut berjanji tidak akan melupakan jasa ibunya kerana membenarkan dia menyertai perjuangan di Syria. 

Menegaskan kemusnahan dunia adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan, Hidayat berharap dapat bertemu kembali dengan ibunya di syurga satu hari nanti. 

Hidayat juga mengakui dirinya turut merindui Malaysia, kerana dia berada di tempat yang jauh berbeza pada ketika ini yang mengajarnya erti kehidupan yang sebenar. 

Dia turut mengakui dirinya terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan tersebut kira-kira tiga tahun lalu oleh beberapa orang rakan Facebooknya yang sering mengingatkan dirinya tentang misi 'jihad' mereka. 

Bukan itu sahaja, Hidayat juga popular di Facebook apabila menerima permintaan daripada 400 orang ingin menjadi temannya semalam. 

Anak muda ini turut mengalakkan rakan-rakan yang baru dikenalinya itu turut menyertainya di Syria. 

"Saya pernah ditahan diu lapangan terbang. Saya juga pernah di bawa bertemu dengan Ketua Polis Negara. Namun saya dibebaskan selepas saya buat muka kasihan dengan mereka," katanya. 

Hidayat berkata dia juga tahu pihak polis memantau aktiviti mereka melalui posting yang mereka muat naik di Facebook. 

"Datang dan tangkap kami. Kami tidak boleh pulang kerana visa kami telah tamat tempoh," katanya. 

Selain daripada memuat naik gambar senjata dan memaklumkan kepada rakannya mengenai serangan dan perbalahan yang berlaku, Hidayat juga sempat meluangkan masa menikmati musim bunga di Syria.  

Hidayat mendakwa tindakan mempertahankan orang Islam yang didakwa merogol, membunuh, mengebom dan menanam orang hidup-hidup bukanlah tindakan yang salah. 

Menurutnya seorang lelaki Syria pernah memberitahunya memberi makaan seekor anjing dengan sosej yang mahal adalah lebih baik daripada memberikan kepada manusia yang lapar. 

"Lelaki yang mengkritik saya rupa-rupanya seorang perokok. Dia berlalu pergi apabila saya memberitahunya adalah lebih baik untuk memberi makan kepada orang miskin daripada anda membazir duit membeli rokok," kata Hidayat yang memuat naik mesej anti-merokok sejak zaman persekolahannya. 

"Anda kelihatan tidak 'macho' dengan merokok, makan lolipop lebih baik," katanya.  

"Lelaki itu yang mengkritik saya telah memegang sebatang rokok di tangan dia. Dia pergi tanpa berkata apa-apa apabila saya memberitahu dia ia memperbaiki untuk memberi makan orang miskin daripada kepada membazirkan wang di rokok 




Tags / Kata Kunci: remaja militan , Hidayat Azman , Abu Islam

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan