Dana 1MDB Sudah Dibayar Balik - PetroSaudi

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 12:04 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PetroSaudi International (PetroSaudi) sudah membayar balik semua dana kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kedua-dua pihak tiada lagi hubungan kewangan atau perundangan.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, PetroSaudi menegaskan semua dana 1MDB sebelum ini pergi kepada entiti miliknya dan sebarang andaian lain adalah palsu.

"Selepas 1MDB keluar, PetroSaudi telah membayar 1MDB dengan penuh dan kedua-dua pihak tidak lagi mempunyai sebarang hubungan kewangan atau perundangan," menurut kenyataan syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak itu.

Kenyataan itu sebagai menjawab laporan berbentuk fitnah media tertentu berhubung kerja sama antara PetroSaudi dan 1MDB.

Sehubungan itu, PetroSaudi menegaskan ia sedang mendapatkan nasihat guaman untuk tindakan sewajarnya bagi menangani tuduhan jahat dan fitnah itu.

Tags / Kata Kunci: PertoSaudi , 1MDB

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan