Warta Habitat Penyu Pantai Teluk Mak Nik

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 3:52 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Jabatan Perikanan akan mewartakan kawasan pantai Teluk Mak Nik Geliga di sini supaya habitat penyu bertelur itu sentiasa terpelihara, kata Ketua Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir.

Beliau berkata, kawasan pantai Teluk Mak Nik merupakan kawasan pendaratan penyu Agar atau penyu hijau yang ketiga tertinggi di Malaysia selepas Pulau Talang-Talang Besar di Sarawak dan Pulau Selingan di Sabah.

"Kita akan menulis surat kepada kerajaan negeri memohon kawasan tersebut diwartakan tahun ini," katanya kepada Bernama.

Menurut Syed Abdullah setiap tahun jumlah pendaratan penyu di kawasan Pantai Mak Nik antara 800 hingga 1,500 setahun.

Katanya, Jabatan Perikanan mahu kawasan itu diwartakan supaya aktiviti pembangunan tidak mengancam habitat pendaratan dan penetasan penyu di situ.

Syed Abdullah berkata, sebanyak 12 kawasan pantai pendaratan penyu telah dirizabkan kepada Jabatan Perikanan di Terengganu sehingga kini.

Beliau berkata, ini bermakna 12 kawasan rizab itu merangkumi 85 peratus jumlah pendaratan di Terengganu manakala selebihnya diwakili pemajak.

Menurut beliau, semua telur yang dihasilkan di pantai-pantai berkenaan akan dieramkan Jabatan Perikanan untuk memastikan populasi penyu tidak pupus pada masa depan.

Katanya, dianggarkan antara 200,000 hingga 250,000 anak tetasan penyu dapat dihasilkan dan dilepaskan ke laut setiap tahun.


Tags / Kata Kunci: penyu , Teluk Mak Nik , Tumec , Pulau Selingan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan