Penalti Lebih Berat Ke Atas Pembalak Haram Dalam Pindaan Ordinan

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 3:16 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Sarawak akan mengenakan penalti lebih berat terhadap pembalak haram di negeri ini selepas pindaan terhadap ordinan perhutanan diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri bulan depan.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, pindaan itu melibatkan  kenaikan dan menambah penalti termasuk kompaun yang lebih berat.

"Di bawah pindaan baharu, mereka yang didapati menebang balak secara haram mesti menjelaskan bagaimana mereka mendapat balak itu," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Dilaporkan baru-baru ini bahawa di bawah ordinan perhutanan sedia ada, penalti maksimum hanya kompaun RM200 bagi setiap tan balak yang dirampas dan tiada hukuman penjara diperuntukkan.

Adenan berkata beban pembuktian diletakkan sepenuhnya pada suspek yang memiliki balak haram itu untuk membuktikan mereka tidak terlibat dengan aktiviti sedemikian bagi mengelak daripada tindakan undang-undang.

Terdahulu, Adenan menghadiri dialog tertutup dengan para pegawai penguat kuasa Jabatan Perhutanan Sarawak di sini. Adenan memberi amaran kepada kakitangan Jabatan Perhutanan Sarawak dan Perbadanan Perhutanan Sarawak yang bekerjasama dengan sindiket haram bahawa mereka akan menghadapi tindakan tatatertib jika diketahui berbuat demikian.

"Dalam sesetengah kes kakitangan terbabit akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Beliau berkata usaha membanteras pembalakan haram telah mencapai kejayaan tertentu tetapi banyak yang perlu dilakukan terutama kerjasama orang awam membantu memberikan maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perhutanan Sarawak Sapuan Ahmad berkata sehingga 27 Feb, 29 suspek terlibat dengan pembalakan haram telah dikenal pasti dan tujuh kertas siasatan telah dikemukakan kepada Peguam Negeri Sarawak untuk proses pendakwaan sementara dua kertas siasatan akan dikemukakan minggu depan.

"Sejumlah 51 kes pembalakan haram telah didaftarkan dalam tempoh sama adan sejumlah 15, 655 balak telah dirampas bernilai RM5.9 juta," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: pembalak haram , Adenan Satem , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan