STPM 2014: Pelajar Autisme Tak Pernah Lupa Salam, Peluk Guru Selepas Kelas

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 6:35 PM

Calon Terbaik STPM 2014 kategori Calon Istimewa, P Kaveinthran (dua,kanan), Mohamad Asri Arsyad (kanan), Mohamad Firdaus Ngatiman (dua,kiri) dan Farah Raihanah Atan (kiri) menunjukkan sijil keputusan terbaik STPM masing-masing, selepas Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM di ibu negara, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar autisme, Farah Raihanah Atan berjaya membuktikan calon kategori istimewa Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga celik minda dan mampu membentuk masa depan lebih cerah.

Walaupun mengalami kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi, pelajar istimewa berusia 20 tahun ini berupaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.50, sekali gus dinobatkan calon terbaik negeri dan kebangsaan. Ia diumumkan Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin pada sidang media khas, Isnin.

Ketika ditanya mengenai kejayaannya, Farah berkata, sebagai tanda menghargai pengorbanan guru, beliau tidak pernah lupa bersalaman dan memeluk mereka setiap kali kelas tamat.

"Selain guru, saya juga mendapat dorongan ibu bapa dan rakan-rakan.

"Yang penting kita perlu belajar bersungguh-sungguh, selain memberi tumpuan di dalam kelas dan bertanya guru atau mendapatkan bantuan kawan jika tidak faham," katanya.

Ternyata tulang belakang di sebalik kejayaan yang dicapai anak kelahiran Muar, Johor ini adalah bapanya, Atan Md Nazi, 60 yang begitu gembira dengan pencapaian cemerlang anaknya.

Menceritakan lebih lanjut, bekas guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) itu berkata, walaupun anak kelima daripada tujuh beradik itu mengalami masalah pembelajaran, namun minat untuk ke sekolah sejak kecil banyak membantunya berjaya hari ini.

“Farah seorang kanak-kanak yang istimewa di mana dia seolah-olah berada dalam dunianya tersendiri dan keadaan ini membuatkan pakcik risau suatu ketika dulu. Bagaimanapun, atas usaha bersama keluarga, kami menemui perisian ‘jumpstart’ untuk komputer.

“Melalui aplikasi ini, Farah semakin minat untuk belajar dan lebih fokus dalam proses pembelajaran”, tambahnya.

Berkongsi pengalamanan mendidik pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim, Kulai itu, bapanya berkata, sebagai pelajar istimewa tunggal di sekolah berkenaan, beliau perlu membantu guru untuk memberi tunjuk ajar mengenai teknik asas mengurus pelajar autisme.

Sebagai perancangan masa depan Farah, bapanya berhasrat melihat anak kesayangannya menyambung pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyediakan pengajian khas untuk pelajar istimewa.

Selain Farah, tiga lagi pelajar yang diumumkan sebagai Calon Terbaik STPM 2014 bagi kategori sama adalah P. Kaveinthiran dari SMK St John, Kuala Lumpur serta Mohamad Asri Arshad dan Mohamad Firdaus Ngatiman dari Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baru.

Selain itu, seorang lagi calon terbaik kategori sama, Mohamad Firdaus Ngatiman berkata, ibu bapa adalah nadi utama yang mendorong beliau untuk mencapai kejayaan.

“Saya ingin mengubah nasib keluarga saya dan ingin menyambung pelajaran ke peringkat PhD,” katanya pelajar aliran sastera yang aktif dalam sukan Paralimpik yang berjaya memperoleh PNGK 3.92 ini.

Firdaus yang kehilangan satu daripada deria penglihatannya pada usia muda menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran ke UKM dalam bidang Pengajian Melayu.

 




Tags / Kata Kunci: Farah Raihanah Atan , autisme , STPM

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan