Kerajaan Selangor Nafi Gangguan Bekalan Air 36 Jam

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 8:18 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor pada Isnin menyangkal dakwaan berlaku gangguan bekalan air selama 36 jam di seluruh Selangor.

Dakwaan itu tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib dalam satu kenyataan berkata pihak tidak bertanggungjawab cuba menyebarkan maklumat palsu dengan niat menimbulkan panik dalam kalangan pengguna. 

"Maklumat yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp itu sama sekali tidak benar. 

"Pihak kerajaan negeri menyeru semua pengguna agar tidak membuat spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang awam khususnya pengguna di Selangor," katanya. 

Maklumat palsu yang tersebar itu menyebut: Minta perhatian kepada semua.Sila tadah air secukupnya (malam ini) kerana esok bekalan air akan ditutup selama 36 jam seluruh Selangor. Sudah diumumkan di radio Sinar tadi.
Tags / Kata Kunci: gangguan air , Selangor

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan