100 Syarikat Dikenakan Kompaun Gagal Daftar CBP

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 9:09 PM

Subromaniam Tholasy.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengenakan kompaun RM15,000 kepada 100 syarikat yang gagal mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sehingga tarikh akhir pendaftaran pada 28 Februari lalu.

Pengarah CBP JKDM Datuk Subromaniam Tholasy berkata kompaun tersebut dikenakan susulan operasi yang dilaksanakan oleh JKDM di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada Ahad.

Operasi digerakkan sepenuhnya pada Isnin bagi mengesan syarikat-syarikat degil menerusi notis yang dihantar kepada mereka tiga minggu lalu.

"Kami ada perincian dan alamat mereka dan akan memaksa mereka mendaftar untuk CBP. Kami tidak akan bawa mereka ke mahkamah melainkan mereka gagal membayar kompaun tersebut dalam tempoh 14 hari," katanya.

Dalam usaha mengukuhkan kedudukan fiskal negara, kerajaan akan menguatkuasakan CBP bermula 1 April ini dan semua syarikat yang berpendapatan tahunan RM500,000 ke atas diwajibkan mendaftar untuk CBP. 

Mengulas lanjut, Subromaniam berkata tempoh pendaftaran yang diberi sehingga 28 Februari lalu adalah mencukupi bagi syarikat berbuat demikian.

"Mereka yang tidak mendaftar CBP ini mempunyai kelebihan dari segi daya saing. 

Ini tidak adil kepada syarikat yang mematuhi undang-undang selain turut menimbulkan kekeliruan," katanya.

Mengenai persediaan melaksanakan CBP, beliau berkata jabatan itu sedang bekerja keras bagi memastikan peralihan kepada rejim percukaian baharu tersebut berjalan lancar. 

"Sistem sudah siap, namun kebimbangan utama saya ialah persediaan perniagaan kerana kegagalan memahami garis panduan CBP akan menyebabkan mereka menghadapi masalah terutama pada peringkat awal pelaksanaan," katanya.

Sehubungan itu, Subromaniam menasihati pemilik perniagaan agar membaca dan memahami garis panduan berkaitan yang disediakan menerusi portal CBP JKDM atau menghubungi pejabat kastam jika mereka memerlukan penjelasan lanjut.

Beliau berkata pemilik perniagaan yang berdaftar juga boleh mengambil peluang daripada sesi bimbingan selama dua hari yang sedang berlangsung, bagi membantu mereka bersedia untuk pelaksanaan CBP.

Setakat 28 Februari lalu, 345,376 syarikat berdaftar untuk CBP.

Sebelum ini tarikh akhir pendaftaran ialah pada 31 Disember tahun lalu namun dilanjutkan sehingga 28 Februari.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan