Kastam Terengganu Jejaki 498 Premis Gagal Daftar GST

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 1:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu mendapati masih ada 498 buah syarikat perniagaan di negeri ini yang gagal mendaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan 1 April ini.

Pengarahnya Datuk Hamzah Sundang berkata, bagi menjejaki syarikat berkenaan, sebanyak 10 kumpulan dengan kekuatan 40 pegawai daripada bahagian GST, Penguatkuasaan, Pematuhan dan Perkastaman dikerah untuk ke premis berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti lokasi syarikat berkenaan dan  daripada jumlah itu, sebanyak 240 adalah di Kuala Terengganu, Kemaman (93), Dungun (70), Marang (35), Besut (33), Hulu Terengganu (15) dan Setiu (12).

"Pemilikan tunggal dikesan paling banyak tidak berdaftar iaitu 223, diikuti pemilik entiti syarikat (196), perkongsian (75) dan persatuan (empat).

"Pegawai dan anggota kita akan melawat premis berkenaan bagi menemu bual dan menyemak akaun syarikat berkenaan dan jika layak didaftar, pendaftaran secara paksa akan dilakukan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Operasi GST' di Pejabat JKDM di sini, Isnin.

Operasi yang dilancarkan serentak di seluruh negara itu akan berlangsung selama dua minggu bermula hari ini hingga 15 Mac.

Beliau berkata, sehingga semalam, sebanyak 5,899 entiti perniagaan sudah didaftarkan mengatasi sasaran 4,000 premis dan JKDM berpuas hati dengan kerjasama baik daripada pemilik perniagaan di negeri ini.

"JKDM amat berterima kasih dengan maklum balas positif daripada semua syarikat ini dan harapan kami supaya mereka yang belum mendaftar cepat-cepat berbuat demikian bagi memudahkan semua urusan serta mengelak daripada didenda," katanya.


Tags / Kata Kunci: Kastam , Terengganu , GST

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan