Pegawai, Anggota JPAM Akan Dilatih Guna Senjata Api - Berita Semasa | mStar

Pegawai, Anggota JPAM Akan Dilatih Guna Senjata Api

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 10:34 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diberi pendedahan mengenai latihan kemahiran menggunakan senjata api dalam tempoh terdekat ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Zaitun Ab Samad.

Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi berkenaan bersetuju untuk  memberi latihan kemahiran menggunakan senjata api kepada pegawai dan anggota JPAM.

"Mengikut Akta Pertahanan Awam 1951, JPAM merupakan 'security force'. Dalam angkatan keselamatan terdapat tentera, polis dan JPAM. Apabila polis dan tentera keluar untuk mempertahankan negara, jadi kita yang tinggal di dalam negara menjaga keselamatan orang awam. Cuma perbezaannya anggota JPAM tidak terlibat dengan tempur senjata.

"...setakat ini, kita memberi latihan dari segi bencana, kebakaran, lemas, kecemasan...kemahiran menggunakan senjata bukan bermaksud untuk berperang,  tetapi sekiranya terdapat ancaman dan kita perlu mempertahankan orang awam, maka anggota kita perlu tahu menggunakan senjata," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan JPAM Perak 2014 di sini, malam Ahad.

Beliau berkata, latihan kemahiran itu akan dijalankan secara berperingkat bermula dengan latihan kepada pegawai tetap.

Zaitun juga mengesyorkan setiap pegawai dan anggota JPAM mempelajari seni mempertahankan diri seperti silat dan karate.

"Kita akan bekerjasama dengan agensi di bawah KDN untuk menyediakan latihan seni mempertahankan diri kepada pegawai dan anggota JPAM," katanya.

Sementara itu, Zaitun berkata sebanyak 50,000 anggota telah bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang kemungkinan pada musim kemarau ini.

"Setiap anggota JPAM telah diarahkan bersiap sedia, kita akan memberi bantuan dengan menghantar air dan sebagainya ke kawasan terlibat sekiranya  kemarau berlaku," katanya.

Zaitun berkata, setakat ini keadaan terkawal dan beliau mengingatkan orang ramai agar menjaga kesihatan dan tidak terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari bagi mengelak sebarang penyakit.

Tags / Kata Kunci: JPAM , Zaitun Ab Samad , KDN
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan