Pemilihan PAS: Jaga Emosi Ketika Berkempen - Berita Semasa | mStar

Pemilihan PAS: Jaga Emosi Ketika Berkempen

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 5:03 PM

Dr Dzulkefly Ahmad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Calon yang bertanding pada pemilihan PAS diminta menjaga emosi dan tidak melakukan perkara yang boleh memburukkan imej parti dalam kempen mereka, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata para perwakilan pula diharap membuat keputusan bijak dalam memilih barisan pimpinan baharu menjelang Muktamar PAS yang dijangka berlangsung awal Jun ini. 

"Saya sebagai pimpinan PAS Pusat sangat positif bahawa perwakilan akan bijak membuat pemilihan kerana mereka menilai kami (jika dicalonkan) berdasarkan kesungguhan dan pengorbanan kami, bukan hanya berdasarkan cakap-cakap," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS di sini, Isnin.

Katanya, tumpuan utama kini adalah memperkukuhkan parti dengan barisan pimpinan baharu untuk berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.

Semua PAS bahagian diberi masa mengadakan mesyuarat agung tahunan bermula 1 Mac sehingga 21 April ini dan seterusnya membuat pencalonan bagi 27 jawatan peringkat pusat kepada Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2015/2017.

Sementara itu anggota Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata memang wujud perbezaan pendapat dalam parti itu menjelang musim pemilihan dan menganggap perkara itu sebagai 'friendly game' atau perlawanan persahabatan antara semua pimpinan.

"Kadang kala dalam perlawanan persahabatan pun ada yang main kasar biasalah ...tapi tiada apa yang perlu dibimbangkan," katanya.

Terdahulu dalam sidang media, Mohamed Hanipa yang juga peguam PAS berkata portal milik parti itu, Harakahdaily bersedia ke mahkamah sekiranya disaman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, menyerahkan surat tuntutan undang-undang kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop pada Khamis lepas sebagai mengambil tindakan undang-undang atas kapasiti peribadi kerana didakwa memfitnah beliau dalam laporan bertajuk, Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?.

Tags / Kata Kunci: PAS , Dr Dzulkefly Ahmad
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan