Anwar Akan Hadir Sidang Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 1:21 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula pada Isnin depan.

Menerusi surat kepada Pejabat Speaker Dewan Rakyat, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat turut mengesahkan kehadirannya pada hari pertama pembukaan sidang Parlimen itu.

Ketua Whip Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, surat jawapan balas kehadiran Anwar sudah diuruskan oleh pejabat ketua pembangkang itu.

"Abdul Malek Hussin selaku penyelaras pejabat ketua pembangkang sudah menjawab surat  kehadiran Datuk Seri Anwar. Jadi beliau akan hadir pada sidang Isnin depan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Mengulas lanjut Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, parti itu juga sudah memohon campur tangan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi memastikan Anwar dibenar hadir menyertai sidang Parlimen.

"Saya sudah menyerahkan surat kepada Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat memohon supaya Pejabat Speaker menguruskan kehadiran Datuk Seri Anwar selaku Ketua Pembangkang bagi menghadiri sidang Parlimen.

"Tindakan saya ini selaras dengan peruntukan Fasal 48 Perlembagaan Persekutuan bahawa Datuk Seri Anwar masih merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang," katanya.

Anwar ketika ini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan akhir beliau terhadap kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari.

Pandikar Amin dalam kenyataan pada 24 Februari lalu menyatakan kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan ditentukan selepas petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga Anwar diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu pada 27 Februari lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak akan campur tangan dalam  soal peraturan dan operasi Jabatan Penjara.

Menurut Ahmad Zahid kementeriannya menyerahkan kepada Peguam Negara untuk membuat tafsiran mengenai status Anwar sama ada dibenarkan atau tidak untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung dari 9 Mac hingga 9 April depan.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , PKR , Parlimen , Dewan Rakyat

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan