Agong Kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara Kepada Sultan Johor

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 12:09 PM

Najib mewakili Agong menyampaikan darjah kebesaran DMN kepada Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene, Isnin.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran, Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mewakili Seri Paduka, telah menyampaikan pengurniaan darjah kebesaran itu kepada Sultan Ibrahim dalam satu majlis ringkas di Istana Bukit Serene di sini.

Majlis penyampaian darjah kebesaran itu turut disaksikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

Antara pegawai kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Darjah kebesaran itu dikurniakan kepada Sultan atau Raja yang memerintah  negeri. 

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan