Semua Agensi Awam Wajar Hapus Transaksi Tunai – Persatuan Pengguna

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa persatuan pengguna menggesa kerajaan supaya menyeragamkan penghapusan transaksi wang tunai dalam operasi di semua agensi kerajaan sebagai usaha memperkasakan integriti perkhidmatan awam.

Ketika ini, Jabatan Imigresen sedang merangka untuk melaksanakan perkhidmatan sistem dalam talian secara menyeluruh bagi semua urusan wang tunainya menjelang akhir tahun ini, selain menyediakan cadangan lain seperti menguatkuasakan kaedah pembayaran menerusi draf bank dan mewujudkan mesin layan diri.

Selain itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut melaksanakan usaha mempertingkatkan integritinya menerusi pelaksanaan ‘Autogate uCustomes’ - sistem kawalan pergerakan berpalang automatik di setiap pintu masuk dan keluar Kawasan Kawalan Kastam mulai 1 Januari tahun depan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pihaknya bersetuju dengan pandangan bahawa penamatan transaksi wang tunai itu merupakan langkah terbaik untuk mengurangkan isu rasuah.

Menurutnya, langkah itu adalah tepat pada masanya kerana negara sudah melangkah ke hadapan melalui transaksi tanpa kertas. 

"Ia sudah pun dilakukan oleh organisasi seperti bank menerusi pengenalan kemudahan perbankan dalam talian.

"Saya berharap penghapusan transaksi wang tunai ini dapat dilaksanakan di semua jabatan kerajaan supaya prosesnya dapat diseragamkan kepada semua," katanya dalam kenyataan bagi mengulas laporan muka depan The Star pada Sabtu lalu mengenai hasrat dua jabatan itu untuk menghapuskan transaksi wang tunai yang sebelum ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi masalah integriti pegawainya.

Amarjit berkata, pelbagai reaksi akan timbul ketika pelaksanaannya di peringkat awal tetapi ia tidak boleh menidakkan pelaksanaan kaedah baharu itu.

Beliau menambah, perkara yang berbangkit adalah sejauh mana masyarakat dapat menyesuaikan dengan sistem baharu itu.

"Justeru itu, jabatan yang berkaitan perlu mewujudkan pusat setempat bagi membantu mereka yang tidak begitu mahir dengan kaedah transaksi dalam talian," kata Amarjit.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, penghapusan transaksi wang tunai akan menjadikan urusan pelanggan tanpa sebarang persepsi negatif yang boleh mempersoalkan isu integriti jabatan dan pegawainya.

Bagaimanapun katanya, Jabatan Imigresen seharusnya mempelbagaikan kemudahan yang masih bermatlamat untuk menghapuskan transaksi wang tunai di kaunter tanpa mengehadkan dengan pelaksanaan sistem dalam talian semata-mata.

Ini kerana katanya, walaupun sistem dalam talian itu memudahkan pelanggan untuk berurusan di mana-mana tanpa perlu ke kaunter tetapi bukan semua pelanggan mempunyai akses Internet dan mahir dalam menggunakan kemudahan itu.

"Malah, terdapat segelintir masyarakat tidak menggunakan perkhidmatan dalam talian bagi tujuan pembayaran kerana mereka tidak yakin dengan tahap keselamatan transaksi itu.

“Oleh itu, Jabatan Imigresen perlu memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai perkhidmatan dalam talian sekiranya ia dilaksanakan, tetapi juga harus mempelbagaikan kemudahan lain untuk kepentingan bersama.

“Sebagai contoh, pelanggan masih berurusan di kaunter tetapi kaedah pembayaran tidak lagi menggunakan wang tunai seperti kad kredit dan kad debit,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kepelbagaian ini akan memberi pilihan kepada pengguna untuk menentukan kaedah terbaik dalam berurusan dengan jabatan itu.

“Jabatan Imigresen bukan sahaja dapat mencapai misinya untuk menamatkan transaksi wang tunai di kaunter bagi mengukuhkan integriti tetapi juga dapat menyediakan pilihan perkhidmatan terbaik yang memudahkan pelanggan,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan