Dapatkan Vaksin Influenza A Sebelum Ke India - KP Kesihatan

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 2:11 PM

Wad kuarantin untuk pesakit H1NI dikawak ketat pihak penjara di Hospital Umum Ahmadabad, India.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Individu yang ingin ke India terutama kanak-kanak, warga tua dan wanita mengandung digalak mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim termasuk untuk selesema babi atau influeza A (H1N1) yang terdapat dalam pasaran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti penyakit kronik paru-paru dan jantung, penyakit buah pinggang dan pesakit yang mengalami "immune-suppression" juga disaran mendapatkan vaksin sama sebelum mengunjungi India.

Katanya, vaksin itu boleh diperoleh di fasiliti kesihatan swasta.

"Sekiranya terdapat gejala penyakit seperti demam, selesema, sakit tekak dan batuk adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian berikutan laporan Kementerian Kesihatan India yang mengesahkan wujud penularan wabak influenza A iaitu jenis virus sama dengan pandemik H1N1 yang berlaku pada tahun 2009.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ogos 2010 mengumumkan bahawa dunia kini berada dalam fasa pasca pandemik H1N1 dan agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu itu tidak lagi memantau jangkitan influenza H1N1 secara khusus.

Ini disebabkan cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan, risiko jangkitan dan komplikasi akibat influenza A adalah serupa dengan influenza bermusim yang lain.

Cara jangkitan virus influenza bermusim termasuk H1N1 di dalam komuniti adalah secara sebaran melalui cecair batuk atau bersin oleh mereka yang dijangkiti.

Menjelas lanjut, Dr Noor Hisham berkata sebagai langkah kesiapsiagaan, Kementerian Kesihatan melakukan pemantauan situasi influenza di negara ini bagi mengesan sebarang kejadian luar biasa.

Katanya pemantauan dibuat melalui Malaysian Influenza Surveillance System (MISS) meliputi penyakit serupa influenza (ILI) pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan jangkitan pernafasan akut teruk (Sari) dan juga pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi kerana jangkitan saluran pernafasan teruk.

Selain itu Dr Noor Hisham berkata, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan juga bertanggungjawab memantau jenis virus influenza di negara ini.

Beliau berkata walaupun WHO tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan ke India, orang awam adalah dinasihat sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan influenza.

"Kekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan, memakai penutup mulut dan hidung sekiranya berdekatan dengan orang yang mempunyai gejala jangkitan, amalkan adab batuk yang baik serta amalkan cara hidup sihat.

"Orang awam juga dinasihat agar mengelak daripada mengunjungi kawasan yang sesak dengan orang ramai," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan