Australia, Malaysia & Indonesia Uji Sistem Baharu Kesan Pesawat

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 12:07 PM

Warren Truss

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Australia kini sedang menguji sistem "pertama di dunia" bersama Malaysia dan Indonesia yang meningkatkan pengesanan pesawat di kawatan terpencil di lautan, bagi membolehkan pihak berkuasa dengan segera bertindak balas terhadap situasi tidak normal seperti kehilangan MH370.

Ia meningkatkan kadar pengesaan minimum untuk pesawat yang terbang di atas kawasan lautan terpencil kepada 15 minit berbanding pada ini antara 30 dan 40 minit.

Teknologi itu "boleh meningkatkan pemantauan masa sebenar bagi sesuatu keadan tidak normal," kata Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss.

"Ia merupakan yang pertama di dunia, ketiga-tiga negara ini akan membuat percubaan bagi satu kaedah baharu bagi mengesan pesawat melalui udara di kawasan terpencil di launtan," kata Truss kepada pemberita.

"Sekarang inisiatif ini mengadaptasikan teknologi sedia yang digunakan lebih 90 peratus bagi penumpang jarak jauh dan akan melihat kawalan trafik udara dapat memberi respons dengan lebih pantas apabila sesebuah pesawat mengalami kesulitan atau lencongan daripada laluan penerbangannya," katanya.

Pengumuman itu dibuat hampir setahun selepas kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 239 orang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur dari Beijing pada Mac tahun lalu.

Walaupun sistem itu bukan "penyelesaian mutlak", tetapi ia dapat membantu untuk mempertingkatkan kaedah pengesanan selain penyelesaian lain yang sedang dibangunkan, kata Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston.

Beliau menambah, jika sesebuah pesawat menyimpang lebih 200 kaki daripada paras yang perlu dilaluinya atau dua batu nautika dari laluan yang dijangkakan, sistem itu akan secara automatik memantau pesawat itu lebih baik, seperti setiap lima minit atau hampir berterusan. 

"Ia merupakan langkah besar ke hadapan. Ia bukan sekadar mengubah sesuatu, tetapi saya fikir pemantauan di kawasan lautan lebih efektif," kata seorang ketua badan kawalan trafik udara.

Percubaan itu, menggunakan teknologi kontrak pengawasan bergantung automatik (ADSC), akan bermula di pusat khidmat kawalan trafik udara di timur Brisbane sebelum diperluaskan kepada Melbourne, Indonesia dan Malaysia.

Truss berkata, pesawat jangka panjang yang menggunakan teknologi sedia ada termasuk pesawat badan lebar seperti Boeing model 380, 777, 330, 340 dan 350. - AFP

Tags / Kata Kunci: MH370

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan