Anggota Polis Sukarelawan Diminta Jaga Imej Pasukan Polis

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 1:38 PM

Sebahagian anggota Polis Sukarelawan gembira selepas menamatkan latihan pada Majlis Tamat Latihan Pasukan Sukarelawan Polis di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Sukarelawan Polis Diraja Malaysia  (SPDRM) perlu mempunyai komitmen tinggi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas bagi menjaga imej pasukan polis walaupun mereka sibuk dengan tugas hakiki masing-masing.

Komandan SPDRM Kuala Lumpur, Supritendan Dr Ong Gua Pak berkata, tugas anggota polis sukarelawan adalah membantu PDRM menjaga keamanan negara malah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh anggota sukarelawan adalah sama dengan tugas anggota PDRM.

"Orang ramai kadang-kadang tidak boleh membezakan antara anggota polis sukeralawan dan PDRM. Oleh itu anggota SPDRM khususnya yang baru dilantik perlu menjaga disiplin ketika menjalankan tugas bagi menjaga imej pasukan PDRM," katanya kepada Bernama selepas menghadiri upacara kawad komandan dan tamat latihan SPDRM siri 1 dan 2 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Ahad.

Gua Pak yang juga Setiausaha Bahagian Kewangan, Pengurusan Kewangan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata orang ramai dialu-alukan menyertai SPDRM bagi membantu pihak polis dalam penguatkuasaan undang-undang selain memastikan keamanan dan keselamatan di kawasan setempat.

Katanya, mereka yang berminat untuk menyertai SPDRM boleh menghubungi  Ibu Pejabat Polis Daerah berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pengambilan anggota baharu.

"Kami mengadakan pengambilan dua atau tiga kali setahun bersesuaian dengan  keperluan semasa," katanya.

Setakat ini, terdapat seramai 1,140 anggota SPDRM Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: SPDRM , Dr Ong Gua Pak

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan