Kumpulan Genting Sumbang RM1 Juta Kepada 50 Pertubuhan Kebajikan

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 4:42 PM

Muhyiddin (empat kanan) bersama isteri, Noorainee (tiga kanan) menggaul Yee Sang pada majlis Sambutan Tahun Baru Cina Kumpulan Genting 2015 di Genting Highland, Ahad. Turut sama Pengerusi Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay (lima kiri).

(Ubah saiz teks)

GENTING HIGHLANDS: Kumpulan Genting, bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina, menyumbang RM1 juta kepada 50 pertubuhan kebajikan terpilih.

Sumbangan tahunan musim perayaan itu adalah sebahagian budaya keprihatinan terhadap masyarakat syarikat korporat itu, yang termasuk anak yatim, rumah orang tua, orang kurang upaya (OKU) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampai cek bernilai  RM20,000 masing-masing kepada wakil 50 pertubuhan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting di sini, Ahad.

Turut hadir ialah Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay, isteri Muhyiddin Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, isteri Lim, Puan Sri Cecilia Lim, Pengarah Eksekutif Genting Berhad Tun Mohamad Hanif Omar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong.

Kira-kira 1,000 tetamu diraikan pada majlis makan tengah hari yang menghidangkan pelbagai menu daripada beberapa restoran utama di Resorts World Genting, dan dimeriahkan dengan persembahan tarian singa dan beberapa kumpulan kebudayaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan