Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung, Dana Banjir Tangani Ketirisan Bantuan

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 6:56 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Penubuhan Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir dilihat berjaya menangani isu ketirisan dana kerajaan dengan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima bantuan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha berkata, jawatankuasa berkenaan yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 12 Januari lepas, membantu Jawatankuasa Pasca Banjir Negeri Kelantan dalam proses mempertimbangkan setiap permohonan.

"Memandangkan banjir yang berlaku pada Disember tahun lepas, begitu buruk dan melibatkan hampir 87,000 keluarga dengan jumlah lebih 300,000 mangsa di seluruh Kelantan, peranan dan bantuan Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir amat signifikan," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Makhtar berkata penggunaan borang ikrar yang disediakan oleh SPRM, di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, membolehkan mangsa yang berdaftar bagi mendapat bantuan wang ihsan, membina rumah baharu dan membaik pulih rumah rosak, membuat perakuan bahawa butiran yang diberikan adalah benar.

Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa tersebut berjaya mendidik mangsa banjir agar lebih bertanggungjawab dan jujur dalam mengemukakan maklumat yang diperlukan.

Beliau berkata, JPP mengesyorkan agar peranan jawatankuasa itu akan berterusan melibatkan pengagihan bantuan kewangan yang lain pada masa akan datang.

Tags / Kata Kunci: Makthan Mustapha , banjir , SPRM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan