Ibu, Adik Perempuan Sirul Berlepas Ke Australia

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 11:14 PM

Dari kiri, Noriatin Omar, Piah Samad dan Datuk Mahfuz Omar membaca doa sebelum menaiki pesawat untuk berlepas ke Sydney, Australia.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ibu Sirul Azhar Umar, Piah Samad malam Ahad berlepas ke Australia dengan harapan untuk bertemu dengan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu yang kini dilapor ditahan di sebuah pusat Imigresen di Sydney.

Piah, 73, yang berkerusi roda ditemani anak perempuannya Noriatin Umar, 36, serta lima individu lain termasuk Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Piah dan Noriatin memilih untuk berdiam diri, sebaliknya maklumat mengenai perjalanan ke Sydney itu dinyatakan oleh Mahfuz.

Menurut Mahfuz, mereka semua akan berada di Sydney sehingga 6 Mac ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata pemergian mereka ke Australia untuk bertemu dengan Sirul adalah atas 'misi kemanusiaan' semata-mata. 

"Keluarga Sirul telah lama tidak bertemu dengannya, saya hanya ingin menemukan seorang ibu tua dengan anak lelakinya," katanya. 

Ketika ditanya apa yang akan dibincangkan dalam tempoh lawatan selama enam hari, Mahfuz berkata mereka hanya akan bercerita mengenai keadaan dan kesihatan Sirul. 

"Dia hanya meminta saya membawa sepasang kasut sukan untuknya. Jika dia ingin bercakap mengenai isu lain dengan saya, terpulang kepadanya," katanya. 

Pada 23 Februari lalu, Mahfuz telah mengadakan satu telesidang dengan Sirul yang dikatakan akan menceritakan siapakah individu yang bertanggungjawab mengarahkan dia untuk membunuh model Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, sidang media tersebut terpaksa dibatalkan apabila beberapa cubaan untuk menghubungi Sirul menggunakan telefon gagal. 

Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.


Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana berada di Australia. Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Pada 16 Januari lepas, media tempatan memetik laporan akhbar Sydney Morning Herald berkenaan kerajaan Australia yang tidak akan memenuhi permohonan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi Sirul Azhar.

Ini berikutan ia melibatkan hukuman mati dan Australia merupakan antara negara yang tidak memperuntukkan hukuman itu dalam undang-undangnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan