Ibu Bapa Harap Nasib Murid Di Sekolah Tak Berdinding Akan Berakhir

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 10:55 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ibu bapa kepada ratusan murid yang terpaksa belajar di dalam kelas "tidak berdinding" selama kira-kira setahun, berharap supaya campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tepat pada masanya akan menamatkan kesulitan yang dihadapi anak-anak mereka.

Sejak setahun lepas telah menyaksikan murid-murid di beberapa sekolah terpaksa belajar di dalam kelas yang dibuat dengan khemah atau struktur ringkas yang tidak lebih daripada dinding logam, bumbung dan lantai konkrit.

Kejadian kebakaran telah memusnahkan sekolah-sekolah yang berusia dengan separuhnya diperbuat daripada papan di SK Tampasak di Papar, SK Gadong di Beaufort, SK Simpangan di Kota Marudu, SK Penimbawan di Tuaran dan SK Pekan Kiulu di Kiulu dalam masa tiga bulan pada Mac tahun lepas yang memberi kesan kepada kira-kira 1,000 pelajar.

Ia merupakan 10 sekolah di negeri itu di mana sekurang-kurangnya blok bangunan dengan separuh papan yang musnah akibat kebakaran, hakisan tanah dan banjir pada tahun lalu.

Sejak beberapa blok sekolah musnah akibat kebakaran, Jabatan Pelajaran Sabah telah mendirikan khemah di mana kelas-kelas dapat diadakan sebagai langkah sementara.

Bagaimanapun selepas setahun berlaku, para pelajar masih terus melalui sesi pembelajaran mereka di bawah khemah yang mana Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SK Pekan Kiulu, Jimmy Gohun berkata, keadaan tersebut bukan persekitaran yang kondusif untuk sesi pembelajaran.

"Pada hari panas terik, ia akan berada panas di dalam khemah dan menjadi serabut apabila waktu hujan. Jadi adakah anda harapkan anak-anak ini dapat belajar dan guru-guru mengajar secara efektif dengan keadaan sebegitu?" tanya Jimmy.

Sejak kebakaran yang berlaku pada 3 Mac lalu, sehingga memusnahkan kelas-kelas di blok, kebanyakan 191 pelajar terpaksa menikmati sesi pembelajaran di dalam khemah.

Bagi mengurangkan kesulitan apabila waktu hujan, pegawai sekolah meletakkan kepingan papan lapis di atas tanah tetapi ia sekarang telah pun mereput.

"Sekarang Perdana Menteri menyedari situasi sekolah-sekolah kami tanpa dinding dan mengatakan situasi ini sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima, maka saya berharap Kementerian Pendidikan dapat menyegerakan pembinaan blok-blok sekolah secepat mungkin demi nasib anak-anak dan guru-guru kami," kata Jimmy.

Pada Jumaat, Najib menerusi akaun Twitternya berkata "TS KSN@AliHamsa55 siasat dan ambil tindakan untuk bantu jika benar. Ini tidak patut berlaku", sebagai reaksi kepada pemilik twitter @saroki19 yang menghantar gambar keadaan sekolah itu dengan hashtag #SchoolWithNoWall.

Martin Jinatin, yang mempunyai anak bersekolah di SK Tampasak berkata, para pelajar bukan sekadar terpaksa belajar dalam keadaan serba kekurangan, tetapi mereka turut berhadapan dengan serangan serangga.

"Apa yang lebih membimbangkan adalah ular dan kala jengking pernah dikesan di dalam kelas 'khemah'. Ia merupakan situasi yang berbahaya," tambahnya.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Jame Alip ketika dihubungi berkata, pembinaan semula bangunan sekolah itu mengambil masa.

Beliau berkata, jabatan itu telah memohon dana untuk kerja-kerja pembinaan semula banggunan pada minggi lalu dan proses tersebut melibatkan mereka bangunan, membuat tawaran tender dan melantik kontraktor untul kerja pembinaan.

Berikutan laporan para pelajar terpaksa belajar di dalam struktur berkenaan secara sementara, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pihak berkuasa sepatutnya memantau keadaan sekolah-sekolah di Sabah dan memastikan ia memenuhi keperluan dan standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Katanya, beliau telah berbincang dengan Jame dan berharap situasi di sekolah-sekolah yang terjejas dapat diperbaiki dan diperbetulkan secepat mungkin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan