1MDB Sudah Terima Balik Dana Pelaburan Daripada PetroSaudi

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 10:47 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah menerima balik pelaburan penuh dengan keuntungan sebanyak US$488 juta (US$1=RM3.603) daripada rakan kongsinya PetroSaudi International.

"Fakta ini dan semua butiran berkaitan transaksi tersebut boleh disahkan dengan merujuk akaun kami yang sudah diaudit, yang boleh diperoleh di laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda menerusi satu kenyataan pada Ahad. 

1MDB telah menamatkan hubungan usaha sama itu pada 2012.

Arul Kanda berkata 1MDB, maklum terhadap dakwaan tertentu yang dilaporkan oleh portal media dalam talian membabitkan aturan perniagaan yang disertai 1MDB dengan PetroSaudi International. 

1MDB, syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, memacu inisiatif pasaran bagi membantu mentransformasi Malaysia sebagai ekonomi yang berkembang maju - sangat kompetitif, terangkum dan mampan.

1MDB menjalin usaha sama antarabangsa menerusi rakan kongsi bersama yangmemberi tumpuan ke atas projek berimpak tinggi.


Tags / Kata Kunci: 1MDB , PetroSaudi International , Arul Kanda

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan