GST: Caj Selenggara Kediaman Bangunan Tinggi Mungkin Naik Lebih 10 Peratus

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 8:38 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilik kediaman bagi kondominium, apartment dan pangsapuri diberitahu supaya bersedia berhadapan dengan caj penyelanggaraan yang lebih tinggi bermula April ini walaupun bayaran itu dikecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Presiden Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia (BMAM), Tan Sri Eddy Chen memberi amaran bahawa peningkatan itu akan menyaksikan lebih 10 peratus bagi memenuhi kos operasi yang lebih tinggi.

Beliau berkata, walaupun GST tidak dikenakan terhadap bayaran penyelenggaraan, pihak pengurusan kediaman masih perlu membayar GST apabila mereka mendapatkan khidmat kontraktor seperti juruelektrik bagi menyelesaikan masalah berkaitan.

Chen berkata, caj penyelenggaraan harus ditetapkan lebih tinggi lebih daripada enam peratus sekiranya tiada bayaran oleh peminjam diambil kira.

"Bagi kes rumah pangsa kos rendah dan sederhana, kira=kira 40 peratus pemilik tidak membayar caj penyelenggaraan bulanan antara RM35 dan RM70 sebulan.

"Jadi, walaupun hanya 50 peratus yang membayar, caj penyelenggaraan akan dinaikkan sebanyak 12 peratus bagi menampung kekurangan itu dan enam peratus dalam GST perlu dibayar kepada penyedia perkhidmatan," katanya.

BMAM merupakan badan yang menghimpunkan 25 organisasi mewakili syarikat-syarikat pengurusan (MC), badan pengurusan bersama (JMB), dewan perniagaan, pemaju, firma kejuruteraan dan arkitek, pengurusan kompleks bangunan tinggi dan membeli-belah dan ejen pengurusan.

Timbalan Presiden BMAM, Tan Sri Teo Chiang Kok berkata, pada masa ini terdapat 1.8 juta hartanah strata atau bangunan tinggi di negara ini di mana 90 peratusnya adalah kediaman.

Beliau berkata, persatuan itu bimbang terhadap pemilik pangsapuri kos rendah dan sederhanan yang mungkin gagal untuk membuat bayaran penyelenggaraan apabila GST dikuatkuasakan.

"Saya telah mengingatkan semua JMB an MC untuk membuat tender terbuka dan hanya memilih mereka yang menawarkan perkhidmatan terbaik pada kos paling rendah (bagi memastikan caj penyelenggaraan adalah rendah)," katanya.

Beliau menambah, pemilik mungkin menolak cadangan peningkatan caj semasa mesyuarat agung JMB dan MC tetapi "mereka tidak boleh terlepas daripada GST".

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan