Bawa Bekalan Air Ketika Melancong - Pengarah Kesihatan

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 1:18 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Orang ramai dinasihati membawa bekalan air ketika melawat kawasan pelancongan bagi menjaga tahap hidrasi badan pada musim panas dan kering ketika ini.

Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Ghazali Othman berkata, adalah penting bagi semua orang menjaga tahap hidrasi bagi mengelakkan daripada mengalami 'heat stroke' atau strok haba.

"Kurangkan aktiviti luar terutama yang terdedah secara langsung kepada cahaya matahari terik, selain bawa bekalan air jika melawat kawasan pelancongan yang terdedah cahaya matahari, gunakan payung dan jangan terlalu lama terdedah.

"Saya cadangkan jika mahu melawat kawasan pelancongan ini dan lakukan aktiviti luar lain, lakukan pada waktu lewat petang yang lebih sejuk dan kurang panas," katanya kepada Bernama di sini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia cuaca panas dan kering melanda beberapa kawasan di negara ini adalah akibat Monsun Timur Laut dan dijangka berakhir pada penghujung bulan ini.

Dr Ghazali berkata, pengambilan minuman yang mencukupi amat perlu bagi mengimbangi struktur air dalam badan akibat peluh yang banyak ketika cuaca panas dan kering sekarang.

"Seseorang perlu minum air dengan banyak dan mencukupi kerana jika air tidak mencukupi dalam badan ia boleh menyebabkan demam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah sekali gus memudahkan jangkitan seperti jangkitan saluran pernafasan yang boleh menyerang paru-paru," katanya.


Tags / Kata Kunci: Dr Ghazali Othman , Melaka , strok haba

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan