Veteren Umno Tan Sri Ahmad Nordin Meninggal Dunia - Berita Semasa | mStar

Veteren Umno Tan Sri Ahmad Nordin Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 28 Februari 2015 3:42 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Veteran Umno Tan Sri Ahmad Nordin Mohd Amin meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pakar Putra Melaka di sini pada kira-kira 2.20 petang Sabtu.

Allahyarham berusia 80 tahun.

Adik Allahyarham Datuk Ahmad Zainin, 59, berkata jenazah Ahmad Nordin kini berada di rumah Allahyarham di Seri Tanjung, Batang Tiga di sini.

"Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Kling (di sini) lebih kurang pukul 6.30 petang ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Puan Sri Halijah Aji, 68, dan lapan orang anak iaitu tujuh perempuan dan seorang lelaki.

Ahmad Nordin pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Timbalan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Udang dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Melaka.

Tags / Kata Kunci: Umno , Ahmad Nordin Mohd Amin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan