Khairuddin Digugurkan Jawatan Naib Ketua Bahagian Umno

Diterbitkan: Sabtu, 28 Februari 2015 12:52 PM

Khairuddin Abu Hassan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang pada Sabtu mengesahkan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dilucutkan jawatan sebagai Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan.

Setiausahanya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, beliau menerima surat yang memaklumkan mengenai pelucutan jawatan Khairuddin daripada Ibu Pejabat Umno.

"Umno Pulau Pinang telah menerima salinan surat yang diutuskan oleh Ibu Pejabat Umno kepada Khairuddin berhubung pelucutuan jawatan beliau sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Musa berkata, Khairuddin digugurkan daripada jawatan beliau selepas diisytiharkan muflis.

"Pelucutan jawatan Khairuddin adalah selaras dengan perlembagaan parti. Ia juga sejajar dengan Perkara 9A (1)(d) Akta Pertubuhan 1966 bahawa seorang yang bankrap yang belum dilepaskan tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pertubuhan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Musa, Khairuddin yang juga suami kepada pelakon terkenal Datin Ummie Aida diisytiharkan muflis oleh Mahkamah pada 24 Mei tahun lalu.

"Beliau diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah pada 24 Mei 2014 dan satu laporan mengenai status tersebut telah dibuat ke Ibu Pejabat Umno," katanya.

Bagaimanapun, Musa berkata, Khairuddin masih menjadi ahli Umno yang layak menghadiri mesyuarat dan mengundi tetapi tidak boleh dipilih memegang jawatan. 

"Beliau masih kekal sebagai ahli Umno dan masih boleh menghadiri Persidangan Tahunan di peringkat cawangan dimana beliau menjadi ahlinya," kata Musa.

Beberapa bulan lalu, Khairuddin yang merupakan suami kepada pelakon terkenal Datin Ummie Aida mencetuskan kontroversi apabila mempersoalkan mengenai hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 




Tags / Kata Kunci: Khairuddin Abu Hassan , Batu Kawan , Umno

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan