SK Penimbawan Diharap Siap Tahun ini - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 28 Februari 2015 4:04 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Peruntukan untuk membaik pulih Sekolah Kebangsaan Penimbawan di Tuaran, Sabah telah diluluskan tahun lepas dan diharap siap tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata peruntukan sebanyak RM5 juta hingga RM10 juta itu telah disalurkan sejak tujuh hingga lapan bulan lepas.

"Kerja-kerja untuk menyiapkan pelan teknikal itu agak mengambil masa. Bukan kita tak nak buat. Empat buah sekolah sudah selesai, tinggal satu yang agak tertinggal.

"Ini soal pentadbiran. Kita akan cuba segerakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program santai Fiesta Karnival Muzik Belia Pagoh di Dataran Agro Bazar, di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad kini berada di Sabah untuk meninjau sendiri kerja membaik pulih dan akan mengambil langkah perlu supaya projek itu siap dengan kadar segera.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengarahkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa untuk menyiasat dakwaan sebuah sekolah yang beroperasi tanpa infrastruktur lengkap dengan kelas tidak berdinding dan ada kelas di bawah khemah di Sabah.

Pada Jumaat, Najib menerusi akaun Twitternya berkata "TS KSN@AliHamsa55 siasat dan ambil tindakan untuk bantu jika benar. Ini tidak patut berlaku", sebagai reaksi kepada pemilik twitter @saroki19 yang menghantar gambar keadaan sekolah itu dengan hashtag #SchoolWithNoWall.

Berhubung peruntukan bagi membaiki sekolah yang rosak teruk akibat banjir hujung tahun lepas, Muhyiddin berkata kementerian dalam proses melaksanakan kerja membaik pulih sekolah terbabit menggunakan peruntukan kementerian yang sedia ada.

"Kerugian yang ditanggung kementerian yang melibatkan kerosakan sekolah adalah melebihi RM450 juta, satu jumlah yang besar. Yang penting sekarang adalah bagaimana proses P and P (pembelajaran dan pengajaran) itu jangan terjejas dengan teruk," katanya.

Katanya buat masa ini, tiada keperluan untuk menambah peruntukan tetapi sekiranya perlu, kementerian akan kemukakan permohonan.

Muhyiddin berkata pengarah pendidikan negeri telah diberikan kuasa untuk melantik kontraktor bagi menyegerakan projek membaik pulih lebih 200 sekolah yang terjejas teruk.

Timbalan Perdana Menteri sebelum itu meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra dengan 400 belia dari daerah Pagoh dan Muar yang hadir pada karnival muzik belia yang pertama kali diadakan itu.

Tags / Kata Kunci: SK Penimbawan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan