Pertimbang Kuasa Separa Autonomi Untuk Sabah & Sarawak - Salleh

Diterbitkan: Sabtu, 28 Februari 2015 12:14 PM

Salleh Said Keruak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan pemberian kuasa separa autonomi kepada Sabah dan Sarawak berikutan kedua-dua negeri itu kurang diberi kebebasan dalam membuat keputusan.

Beliau berkata sistem semasa kerajaan Persekutuan tidak diterima baik di kedua-dua negeri itu yang sepatutnya menikmati tahap autonomi tertentu.

Salleh yang juga Timbalan Ketua Umno Sabah berkata, pada hari ini, kerajaan Persekutuan bukan sahaja memutuskan perbelanjaan pembangunan tetapi juga mengawal bagaimana, apa dan bila pembangunan dilaksanakan.

"Ini menyebabkan kelewatan, pembaziran dan pertindihan fungsi antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Banyak kali negeri ini terpinggir sepenuhnya dalam proses membuat keputusan.

"Ini akan menjadi langkah pertama yang baik untuk Barisan Nasional (BN) membuktikan kepada pengundi Sabah dan Sarawak bahawa parti ini menghormati autonomi mereka dan semangat perjanjian Malaysia seperti dalam perkara 20/18.

"Sarawak akan menghadapi pilihan raya negeri kira-kira setahun atau lebih dari sekarang diikuti Sabah mungkin dua tahun kemudian atau mungkin lebih awal.

'Adalah penting bahawa perkara itu dipertimbangkan pada masa akan datang agar rakyat Sabah dan Sarawak merasai mereka adalah rakan kongsi di Malaysia dan bukannya hamba penjajah Malaysia Barat,"  kata Salleh di dalam laman blognya. 

Menurut beliau, Sabah dan Sarawak tidak benar-benar mahukan kemerdekaan seperti yang disebarkan sesetengah pihak.

"Sama ada ini adalah persepsi yang betul atau tidak adalah perkara lain tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa ini yang dirasakan kebanyakan rakyat Sabah dan Sarawak.

"Tulang perbalahan di sini adalah cara bagaimana dana ini diuruskan. Oleh itu, ini adalah permintaan sama rata dari Sabah dan Sarawak yang boleh digunakan untuk mengukuhkan BN," katanya.



iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan