Gigih: OKU Guna Lidah Pasarkan Produk Emak

Diterbitkan: Sabtu, 28 Februari 2015 12:52 PM

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Kecacatan tangan dan kaki dialaminya tidak menjadi penghalang kepada seorang wanita berusia 30 tahun di Kampung Gelong Gajah, Tobiar di sini untuk menerokai dunia luar dengan menggunakan perkhidmatan internet.

Nursamawati Mahmud yang melayari internet dengan menggunakan lidah untuk menaip perkataan dan mengakses maklumat pada telefon bimbit dan komputer riba miliknya berhasrat membantu mempromosikan produk kicap, sos dan cuka yang diusahakan ibunya sejak 10 tahun lepas.

"Saya cuba fikirkan macam mana nak kembangkan perusahaan mak saya ini.

Sebelum ini kicap, sos dan cuka yang mak buat dipasarkan di sekitar daerah Pendang dan Pokok Sena sahaja dan kalau boleh saya nak gunakan internet untuk kembangkan perniagaan keluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dia juga akan mewujudkan blog untuk menceritakan perjalanan hidupnya yang bergelar OKU dan mengalami kecacatan itu sejak berumur setahun dan bagaimana dia belajar menggunakan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instagram dan Wechat.

Prihatin dan tertarik dengan kegigihan Nursamawati, Clixster Mobile Sdn Bhd tampil menghulurkan bantuan dengan menyumbang sebuah telefon pintar dan menaja pakej internet sepanjang hayat.

Ketua Pegawai Komunikasi Jenama dan Media syarikat itu, Hazran Mohamed berkata sumbangan itu diharap dapat membantu Nursamawati menggunakan perkhidmatan internet tanpa had seumur hidupnya untuk bersosial, mengakses isu semasa dan sebagainya.

"Sumbangan yang kamia berikan ini diharap dapat dimanfaatkan untuk melakukan sesuatu untuk menceriakan dan mengubah kehidupannya," katanya.

Nursamawati yang gembira dengan sumbangan itu berkata dia mula melayari laman sesawang dan laman sosial sejak tahun 2010 selepas diperkenalkan oleh rakan baiknya.

"Sebelum ini saya malu untuk berhadapan dengan orang ramai sebab saya tak sempurna macam orang lain. Dengan adanya laman sosial saya mampu untuk berkawan dan rakan-rakan kampung dan laman sosial banyak beri semangat untuk saya teruskan kehidupan.

"Saya sekarang tak macam dulu lagi dan mahu buktikan orang kelainan upaya mampu melakukan perkara seperti orang normal," katanya yang kini mempunyai kira-kira 1,400 rakan di Facebook.

Ibunya Saudah Shaari, 52, berkata anak sulungnya itu memerlukan penjagaan sepenuhnya seperti menyuap makanan, mandi dan memakai pakaian kerana dia tidak mampu untuk melakukan sendiri.

Katanya dia amat kagum dengan kesungguhan anak sulungnya itu yang tidak mengenal erti susah untuk menguasai sesuatu walaupun terpaksa menggunakan lidah.

"Sejak pandai menggunakan internet hidup dia dah tak murung lagi seperti dulu. Keadaan banyak berubah sebab masa yang ada dihabiskan dengan melayari internet," katanya.

Tags / Kata Kunci: OKU , Internet

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan