Harga Baharu Petrol, Diesel Berkuatkuasa Tengah Malam Ini

Diterbitkan: Sabtu, 28 Februari 2015 3:39 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Harga runcit baharu petrol dan diesel bagi Mac akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek. 

Beliau bagaimanapun enggan memaklumkan sama ada harga baharu petrol dan diesel yang bakal diumumkan nanti meningkat ataupun sebaliknya.

Hasan juga berkata pihaknya akan meneruskan kempen penurunan harga di seluruh negara meskipun berlakunya perubahan terhadap harga petrol dan diesel sama ada menjurus kepada peningkatan ataupun penurunan.

"Harga minyak bukan faktor utama menentukan harga barangan tetapi sebaliknya ada faktor lain yang mempengaruhi harga barangan sama ada ia turun ataupun naik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan promosi 'Lebih  Nilai, Lagi Hebat' bagi produk minuman dan makanan Nestle (M) Bhd di sini Sabtu. 
 
Pada 1 Februari lepas, kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON95 sebanyak 21 sen kepada RM1.70 seliter, RON97 turun 11 sen kepada RM2.00 seliter sementara diesel turun 23 sen kepada RM1.70 seliter.

Mengulas mengenai kempen Nestle pada Sabtu, Hasan berkata ia adalah kempen promosi terbesar Nestle yang menawarkan penjimatan antara lapan hingga 33 peratus bagi 50 produk terpilih Nestle termasuk Milo, Maggi dan Nescafe. 

Beliau berkata kempen itu yang akan berlangsung sehingga akhir bulan depan adalah inisiatif Nestle bagi menangani kos sara hidup rakyat ketika negara menghadapi harga minyak yang tidak menentu.

Tags / Kata Kunci: Hasan Malek , KPDNKK , petrol

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan