Tempoh Baucar Ujian Saringan Kesihatan Percuma Perkeso Dilanjutkan

Diterbitkan: Sabtu, 28 Februari 2015 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Kementerian Sumber Manusia melanjutkan tempoh Baucar Ujian Saringan Kesihatan percuma Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sehingga Disember ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata lanjutan masa itu perlu memandangkan banyak pekerja yang menerima baucar itu masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Tahun 2014, kita melanjutkan tempoh sah laku sehingga hujung tahun, namun bilangan yang mendaftar amat rendah...tidak mencapai separuh daripada sasaran 1.9 juta pencarum, apabila hanya 421,888 pencarum sahaja menggunakannya," katanya.

Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bantuan peralatan kesihatan bernilai hampir RM6,000 kepada Ismadi Ismail, 41, yang lumpuh akibat kemalangan tahun lepas, di Felda Sungai Nerek di sini.

Turut hadir ialah Pengarah Perkeso Pahang Mohd Shahar Ismail dan Pengurus Perkeso cawangan Temerloh Mohamad Haron Othman.

Melalui tempoh lanjutan itu, Ismail berharap lebih banyak pencarum yang layak akan menjalani pemeriksaan kesihatan yang boleh dilakukan di 3,051 klink swasta, 220 makmal dan 24 pusat mamogram seluruh negara.

"Salah satu faktor mengapa tidak banyak menggunakan baucar ini adalah kerana kurangnya kesedaran dalam kalangan pekerja terhadap pentingnya ujian kesihatan dilakukan bagi mengesan penyakit pada tahap awal.

"Disebabkan itu, kita akan akan bekerjasama dengan majikan supaya menggalakkan pekerja membuat saringan kesihatan itu," katanya.

Baucar itu diperkenalkan pada tahun 2013 dan di bawah skim itu, pencarum Perkeso berumur 40 tahun ke atas layak menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma sebagai langkah pencegahan terhadap risiko penyakit tidak berjangkit.

Tags / Kata Kunci: Ujian Saringan Kesihatan , Perkeso

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan