Kerajaan Selangor Beri Jaminan Tiada Catuan Air Ketika Musim Panas

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 8:23 PM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Kerajaan Selangor memberi jaminan kepada rakyat bahawa tidak akan berlaku catuan air pada musim panas ketika ini.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) Khamis depan akan membincangkan langkah alternatif yang perlu diambil untuk memastikan masalah catuan air seperti pada tahun lepas tidak berlaku.

"Saya mahu supaya persiapan lebih awal dibuat jika kemungkinan berlaku penurunan kadar air di empangan seperti bekalan air mentah ke loji rawatan dan bekalan air bersih yang akan disalurkan kepada pengguna. 

"Saya tidak mahu masalah catuan ini berulang seperti tahun lepas jadi saya akan lihat semua faktor termasuk soal peningkatan penguatkuasaan di sungai-sungai supaya tidak ada pencemaran yang akan menyebabkan loji rawatan terpaksa ditutup," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan masjid di Masjid Parit Serong di sini, Jumaat.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga sedang dalam proses menyiapkan projek 'Hybrid Off River Augmentation System' (Horas) di Kuala Selangor yang dijangka siap pada September ini sebagai alternatif jika berlaku kekurangan bekalan air mentah.

Mengenai penggunaan air lombong sebagai alternatif untuk membekalkan air kepada pengguna, Mohamed Azmin berkata semua pihak tidak perlu bimbang kerana kandungannya telah disahkan bebas daripada pencemaran.

Tags / Kata Kunci: catuan air , musim panas , Azmin Ali , Selangor

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan