Najib Minta KSN Siasat Dakwaan Sekolah Tidak Berdinding di Tuaran

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 9:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri telah meminta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyiasat dan mengambil tindakan berhubung dakwaan wujudnya sebuah sekolah yang beroperasi tanpa infrastruktur lengkap dengan keadaan kelasnya tidak berdinding dan berkhemah dipercayai di Tuaran, Sabah.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam akaun Twitternya berkata: "TS KSN@AliHamsa55 siasat dan ambil tindakan untuk bantu jika benar. Ini tidak patut berlaku."

Najib mengeluarkan arahan itu dalam reaksinya kepada pemilik Twitter @saroki19 hari ini setelah menghantar gambar keadaan sekolah itu dengan hashtag #SchoolWithNoWall kepada Perdana Menteri.

Saroki19 menyiarkan gambar itu, dengan satu daripada gambar menunjukkan sebuah kelas beratapkan zink dan bertiang besi tanpa dinding dengan kelengkapan beberapa meja kayu, kerusi plastik, papan putih dan kipas dinding.

Sekeping lagi gambar menunjukkan sebuah kelas hanya beroperasi di bawah sebuah khemah.

Salah sebuah bilik darjah sekolah tersebut berdindingkan papan lapis sementara bumbungnya menggunakan atap zink.

Sekeping lagi gambar menunjukkan sebuah papan tanda yang tertera: 'Selamat Datang. Sekolah Kebangsaan Penimbawan, Peti Surat 130, 89208, Tuaran, Sabah'.

Bagaimanapun, Saroki19 tidak memberi penjelasan terhadap gambar yang disiarkan berhubung kedudukan sekolah itu dan tarikh gambar itu dirakamkan.

Perdana Menteri hari ini mengadakan lawatan sehari ke Sarawak dan merasmikan beberapa program termasuk menyempurnakan majlis peletakan batu asas Hospital Pakar Minor Sri Aman yang membabitkan kos RM200 juta, di Sri Aman.


iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan