Pilih BN Sebagai Kerajaan Pusat, Negeri Demi Pembangunan - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 6:01 PM

Najib memutar kepala paip sebagai simbolik perasmian Loji Rawatan Air Serian, Samarahan di Serian, Jumaat. Turut sama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu dan Menteri Kemajuan dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (dua, kanan) dan Menteri Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (kanan).

(Ubah saiz teks)

SERIAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat perlu memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan pusat dan kerajaan negeri demi kepentingan pembangunan yang memanfaatkan mereka.

Beliau berkata, jika kedua-dua kerajaan datang dari parti sama, projek pembangunan untuk rakyat lebih mudah dilaksanakan.

"Tahun 2011, saya datang ke Serian dan umum kerajaan akan bina loji rawatan air ini. Kemudian Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerjasama kerajaan negeri (Sarawak) telah menjayakan projek ini.

"Hari ini, saya datang sekali lagi untuk menzahirkan bahawa janji telah pun ditunaikan. Kerjasama ini adalah bukti jika kerajaan dipilih dari parti yang sama, projek pembangunan kepada rakyat akan lebih mudah," kata beliau ketika berucap merasmikan Loji Rawatan Air Serian di sini, Jumaat.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Mohd Shafie, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong dan Anggota Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot.

Loji Rawatan Air Serian dibina pada 2011 dan siap sepenuhnya pada 28 Mac 2013 dengan kos RM116,500. Ia memberi manfaat kepada 5,000 penduduk sekitar Serian.

Projek itu melibatkan pembinaan loji rawatan air berkapasiti 50 juta liter, pembinaan tangki simpanan air berkapasiti 18ml dan pemasangan paip pelbagai saiz sepanjang 17.22 kilometer.

Mengulas lanjut, Najib berkata lawatan beliau di beberapa kawasan di Sarawak hari ini juga bukan sekadar lawatan kerja biasa sebaliknya membawa beberapa projek pembangunan untuk kemudahan rakyat negeri ini kerana menyokong BN selama ini.

"Kita beri semua projek pembangunan ini kepada rakyat Sarawak sebab kita tahu dan kenal hati budi rakyat Sarawak kepada BN," katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat Sarawak supaya tidak tertipu dengan permainan politik pembangkang, yang dilihat semakin aktif di kawasan pedalaman negeri ini, sedangkan kerajaan BN sudah sekian lama membantu rakyat Sarawak.

"Jangan termakan, tertipu dengan propaganda mainan politik pembangkang, realitinya rakyat hanya boleh bergantung kepada BN.

"Projek loji rawatan air ini antara bukti jelas bahawa ia bukan lagi janji, bukan retorik tetapi bukti yang sudah tidak boleh disanggah bahawa kerajaan BN membantu dan menunaikan janji kepada rakyat," katanya.

Beliau turut mengingatkan keperluan rakyat untuk terus memilih BN yang mewakili parti-parti yang mengamalkan dasar sederhana serta tidak ada percanggahan dari segi dasar induk antara satu sama lain.

"Kalau nak pilih parti, mesti pilih yang ada kesamaan dari segi dasar induknya. Kalau kita (parti) berbalah dari segi dasar induk, bagaimana kita boleh tentukan kestabilan politik,"katanya.

Najib turut berjanji beliau dan barisan kabinet Persekutuan serta kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem akan membantu Sarawak membangun seiring dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan