Petronas Nafi Kurangkan Kakitangan

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 10:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menafikan laporan ia akan mengurangkan kakitangannya dalam usaha untuk memotong perbelanjaan operasi (opex) sebanyak 20 peratus tahun ini.

Sebaliknya, lebihan kakitangan dalam bahagian tertentu akan diserapkan ke projek-projek yang memerlukan pengambilan pekerja baharu, kata Presiden dan 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Shamsul Azhar Abbas. 

Menyifatkan laporan itu sebagai tidak munasabah, beliau berkata projek mega Petronas seperti RAPID masih memerlukan tenaga kerja. 

Menurutnya lagi, malahan pemerolehan teknologi dan pengambilan kakitangan projek belum pun bermula lagi. 

"Jadi, ia tidak akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang. Untuk itu kami tidak melihat pengurangan kakitangan, kami masih memerlukan mereka bagi projek-projek itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman keputusan tahun kewangan kumpulan di sini, Jumaat.

Petronas memutuskan untuk mengurangkan opex bersama dengan pengurangan 10 peratus perbelanjaan modal (capex) bagi memulihkan keuntungannya kerana harga minyak mentah masih rendah. 

Shamsul berkata sekiranya harga minyak terus menurun tahun depan, kumpulan itu mungkin menimbang mengurangkan lagi capex sebanyak 15 peratus.

"Kami telah menyemak turun pelan capex lima tahun kami bagi tempoh 2015-2019, berikutan harga minyak global sekarang yang di luar kawalan kami," katanya. 

Dengan pengurangan dalam perbelanjaan, beliau berkata, kumpulan itu dapatmencapai keuntungan tahun ini meskipun unjuran harga minyak US$55 setong bagi 2015.

"Tempoh beberapa tahun akan datang mungkin menyaksikan pengurangan pengeluaran disebabkan pengurangan capex dan opex tetapi sebaik sahaja kami mula pulih semula, pengeluaran akan meningkat semula. Kami masih sedang mengkaji impak ke atas pengeluaran (daripada pengurangan itu).

"Saya rasa dalam tempoh tiga bulan akan datang, kita akan mengetahuinya lebih jelas. Masih terlalu awal kerana kita hanya baru memasuki bulan kedua tahun ini jadi kita tidak tahu bila pasaran akan stabil semula," katanya sambil menambah Petronas sedang mengkaji situasi itu.

Tags / Kata Kunci: Petronas , kurangkan kakitangan , opex

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan