Sistem Online PLKS Masuki Fasa Ujian Rintis Mulai 1 Mac

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 12:33 PM

Mustafa Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perkhidmatan memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) menerusi sistem dalam talian MyEG Service Bhd (MyEG) akan memasuki fasa pengujian rintis bermula 1 Mac ini.

Perkhidmatan dalam talian itu sebelum ini di dalam peringkat pembuktian konsep (POC) yang akan berakhir pada 28 Februari.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, fasa pengujian rintis tersebut akan dilakukan dalam tempoh lima bulan sehingga 31 Julai depan.

"Ia selaras dengan hasrat murni untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Rabu lalu, Kabinet memutuskan kaunter bagi pembaharuan PLKS di pejabat imigresen terus dibuka selepas 28 Februari.

Sebelum ini, kaunter bagi perkhidmatan itu ditutup serta-merta selepas sistem dalam talian dikuatkuasakan pada 5 Januari lalu, bagaimanapun Jabatan Imigresen memutuskan untuk membukanya semula pada 23 Januari bagi memberi tempoh kepada majikan menyesuaikan diri dengan proses PLKS secara dalam talian sehingga tamat POC.

Mustafa berkata, keputusan untuk terus membuka kaunter berkenaan selepas 28 Februari adalah sehingga pelan lebih komprehensif terhadap isu semasa berkaitan sistem dalam talian diselesaikan.

"Sehubungan itu, majikan/pengarah/pengurus sumber manusia syarikat dibenarkan berurusan di kaunter Jabatan Imigresen bagi tujuan pembaharuan PLKS tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat sedia ada," katanya.

Beliau menambah, pada masa sama perkhidmatan memperbaharui PKLS menerusi sistem dalam talian dilaksanakan seperti biasa.

Sistem dalam talian bagi perkhidmatan itu dikuatkuasakan sejak 5 Januari lalu.


Tags / Kata Kunci: PLKS , Imigresen , Mustafa Ibrahim

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan