'Saya Saman Harakah Untuk Mempertahankan Keluarga' - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 4:36 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perasmian perletakan Batu Asas Hospital Sri Aman di sini hari ini. Turut sama Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam (tiga, kiri) dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu (dua, kiri). --fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SRI AMAN: Perdana Menteri, DAtuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas lidah rasmi PAS, Harakahdaily demi mempertahankan nama baik keluarganya. 

"Kerana mereka telah memfitnah (keluarga saya), saya terpaksa menyaman mereka atau menggesa mereka menarik balik apa yang mereka telah katakan dalam Harakah," kata Najib kepada pemberita di sini, Jumaat. 

"Apa yang dilaporkan dalam Harakah merupakan fitnah dan tidak benar semata-mata. Mereka tidak menunjukkan bukti. Oleh itu, saya mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan keluarga saya," tambahnya. 

Najib bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan. 

Baru-baru ini Harakahdaily telah menyiarkan artikel mengenai 1MDB dan Riza Aziz yang merupakan anak tiri Najib. 

Difahamkan Najib telah mengarahkan firma guaman, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak untuk menghantar notis menuntut pengarah urusan Harakahdaily, Dr Rosli Yaakop menarik balik artikel dan menerbitkan satu permohonan maaf tanpa syarat secara bertulis

Artikel berkenaan komentar yang ditulis berdasarkan artikel yang diterbitkan oleh New York Timen pada awal bulan ini. 

Najib bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pembinaan Hospital Pakar Sri Aman. 

Hospital bernilai RM150 juta yang mempunyai 108 katil itu dilancarkan pada 2011 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2018. 

Tags / Kata Kunci: Najib Razak , Harakahdaily , saman

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan