Malaysia Tuan Rumah Mesyuarat ASEAN-OECD

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan dan mesyuarat ASEAN-Organisasi bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan depan akan menumpukan kepada pelaksanaan amalan kawal selia yang baik (GRP) dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Mesyuarat selama empat hari, mulai 9 Mac, diadakan sempena jawatan pengerusi ASEAN yang disandang oleh Malaysia tahun ini.

Ia akan menyokong penyepaduan ekonomi serantau dan antarabangsa, serta, urus tadbir lebih baik melalui GRP, bagi menghapuskan halangan di sempadan dan di sebalik sempadan untuk pelaburan dan perdagangan.

Kerajaan Malaysia menjadikan GRP sebagai kunci utama untuk mencerminkan betapa pentingnya mempunyai pertumpuan kawal selia serantau yang merupakan keperluan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang akan direalisasikan untuk potensi sepenuhnya.

"Malaysia menumpukan kepada bidang keberhasilan utama yang mempunyai impak besar kepada perniagaan," kata Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dalam satu kenyataan.

Bagi peringkat serantau, MPC berkata pada tahun ini ASEAN akan menyaksikan proses penyepaduan ekonomi.

Langkah terbaik untuk mengukuhkan kesepakatan kawal selia adalah dengan  ASEAN melaksanakan GRP secara progresif supaya rangka kerja kawal selia, undang-undang dan peraturan melalui proses yang sama untuk hasil yang lebih baik.

"GRP adalah satu langkah ke arah kesalinghubungan yang lebih besar, keterangkuman penyampaian perkhidmatan awam yang lebih baik dan pertumbuhan yang mampan.

"Manfaat GRP sebesar-besarnya adalah komuniti perniagaan ASEAN dan penyepaduan ekonomi ASEAN yang lebih besar," katanya, dengan menambah GRP akan menyumbang secara ketara ke arah meningkatkan penyepaduan ekonomi, daya saing dan urus tadbir sektor awam.

Tags / Kata Kunci: ASEAN-OECD

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan