Malaysia Sedia Hantar Waris Terdekat Mangsa Nahas MH17 Ke Belanda

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 8:41 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia sedia untuk menghantar waris terdekat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 ke Belanda sekiranya dijemput untukmelihat bangkai pesawat tersebut.

"Jika mereka jemput kami amat mengalu-alukan...Adalah bagus jika waris mangsa dapat menyertainya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Kempen Perhubungan Awam 2014/2015: Kesukarelawan Universiti Tunku Abdul Rahman keempat
di sini, Jumaat.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan, Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) mempelawa waris mangsa hadir di pangkalan Tentera Udara Diraja Belanda di Gilze-Rijen, kira-kira 45 kilometer dari Eindhoven mulai 3 Mac.

DSB akan membenarkan mereka melihat sebahagian serpihan pesawat MH17 yang ditemui pasukan penyiasat dari tapak nahas di Donetsk, Ukraine.

Beliau berkata Malaysia menghantar pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan jurutera MAS bagi membantu pembinaan semula pesawat itu untuk siasatan.

"Ketika ini ia berada dalam  peringkat siasatan...mereka akan mengemukakan laporan tersebut sebelum kita dapat mengetahui apakah punca insiden berkenaan sekali gus menentukan sama ada pesawat itu terhempas ditembak oleh peluru berpandu dari darat atau serangan dari udara ke udara," katanya.

Pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas, disahkan ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan