Kerajaan Selangor Tetap Tidak Akan Teruskan Projek Kidex - Azmin

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 9:15 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tetap tidak akan meneruskan pembangunan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) hasil pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 17 Februari lepas.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata ketetapan untuk membatalkan projek tersebut telah disahkan dan ia adalah selaras dengan kuasa kerajaan negeri berhubung pembangunan tanah serta kelulusan perancangan sebarang projek.

Menurutnya, keputusan itu juga bertepatan dengan pendirian kerajaan negeri yang tegas untuk mengambil tindakan terhadap pemaju projek itu yang gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum ini demi kesejahteraan rakyat Selangor.

Sehubungan itu, katanya dalam kenyataan hari ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor telah diarah untuk tidak mengambil kira semua perkara berkaitan cadangan pembangunan lebuh raya itu semasa penyediaan draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035.

Pada 16 Februari lepas, Mohamed Azmin mengumumkan pembatalan projek Kidex dan menjelaskan tindakan itu dibuat kerana pihak konsesi gagal mematuhi tiga syarat khusus yang ditetapkan kerajaan negeri sehingga tamat pada 14 Februari.

Antara syarat yang gagal dipatuhi ialah penyediaan Penilaian Impak Lalu Lintas yang bebas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar.

Tags / Kata Kunci: Kidex , Azmin Ali , Selangor

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan