Ibrahim Ali Tidak Berhasrat Tanding Calon Bebas di PRK DUN Chempaka

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 9:53 PM

Ibrahim Ali.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali tidak berhasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac ini.

Ibrahim berkata ini kerana beliau tidak berupaya dari segi kewangan dan tidak mempunyai jentera pilihan raya kerana tidak menjadi anggota mana-mana parti.

"Saya tidak mempunyai penyokong di kawasan DUN Chempaka kerana ia bukan tempat saya, tempat saya di Pasir Mas. Kalau di Pasir Mas berlaku kekosongan sudah tentu saya bertanding," kata Ibrahim, 64, yang juga bekas anggota Parlimen Pasir Mas.

Ibrahim berkata demikian kepada pemberita hari ini ketika ditanya khabar angin beliau akan bertanding sebagai calon bebas pada PRK DUN Chempaka.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka pada 22 Mac manakala hari penamaan calon ialah pada 10 Mac.

Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas.
 
Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS menang dengan majoriti 6,500 undi.

Bekas menteri besar Kelantan itu mendapat 12,310 undi manakala calon BN Wan Razman Wan Abd Razak memperoleh 5,810 undi.

Tags / Kata Kunci: Ibrahim Ali , calon Bebas , PRK Dun Chempaka

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan